CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12767|Reply: 0

[Johor] Masuk secara haram, nenek warga Indonesia didenda RM5,000

[Copy link]
Post time 28-1-2026 08:02 AM | Show all posts |Read mode


Batu Pahat: Seorang nenek warga Indonesia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Yong Peng, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menetap di negara ini secara haram.

Majistret Arun Noval Dass menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Siti, 53, selepas mengambil kira pengakuan dibuat serta hujahan kedua-dua pihak.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh kemudian membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, nenek kepada empat cucu itu didakwa tinggal dan menetap di negara ini tanpa pas atau permit sah.

Kesalahan itu dilakukan di tepi Jalan Suasa, di sini pada jam 11.30 malam, 21 Januari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63(Akta 155) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6 (3) akta sama.

Hukumannya, penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya serta sebatan maksimum enam kali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan tertuduh bagi tujuan pemeriksaan.

Polis kemudian menjalankan pemeriksaan dengan Jabatan Imigresen (JIM) berpandukan pasport yang ada padanya namun mendapati, tiada rekod pergerakan ditemukan.

Susulan itu, tertuduh ditahan dan dibawa ke IPD Batu Pahat untuk direman serta siasatan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh peguam, Tan Song Yan.
Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 2.017204 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list