CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12689|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lelaki ditahan, disyaki ambil gambar bawah kain wanita di pasar raya

[Copy link]
Post time 28-1-2026 08:06 AM | Show all posts |Read mode


Tampin: Polis menahan penjawat awam lelaki, disyaki mengambil gambar bawah kain seorang wanita ketika membeli-belah di sebuah pasar raya di daerah ini.

Dalam kejadian pada 3.10 petang semalam, mangsa yang berusia 34 tahun mendakwa diekori suspek sebelum lelaki itu dikatakan mengambil gambar tidak senonoh berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, mangsa yang juga penjawat awam membuat laporan pada 3.45 petang hari kejadian.

"Dalam laporan mangsa mendakwa diekori lelaki tidak dikenali dan suspek kemudian dipercayai mengambil gambar mangsa dari bahagian bawah kain ketika dia sedang membeli barang di sebuah pasar raya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya susulan laporan itu suspek yang berusia 26 tahun ditahan di Kampung Baru Tampin pada 5.30 petang hari sama dan disiasat mengikut Seksyen 507a dan 509 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, reman terhadap suspek selama tiga hari bermula hari ini sehingga 29 Januari depan.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 1.493546 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list