CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10206|Reply: 0

[Tempatan] Operasi padam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Baling sudah masuk 21 jam

[Copy link]
Post time 28-1-2026 09:54 AM | Show all posts |Read mode
BALING: Walaupun sudah 21 jam operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah dilakukan di Kampung Besah, Mukim Tawar namun kepulan asap dan api masih kelihatan setakat pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, operasi disambung semula jam 9 pagi hari ini membabitkan seramai 33 anggota BBP Baling.
Beliau berkata, operasi itu turut disertai pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Hasil pemerhatian mendapati, bahan buangan di kawasan tapak pelupusan sampah itu adalah bahan buangan dari industri dikarungkan dalam guni bersaiz besar dan mempunyai banyak lapisan.
"Pagi ini, kerja-kerja pemadaman mendapat bantuan daripada jentera pengorek kaut (backhoe) dan sebuah jentera pengorek (excavator) yang bertujuan membuat takungan serta perparitan bagi membolehkan penyerapan air pada lapisan bawah sampah berkenaan berbanding menggunakan timbunan tanah kerana struktur sampah yang berongga dan kembali menyala," katanya ketika dihubungi hari ini.
Zulkhairi berkata, setakat ini kebakaran adalah terkawal dan Pos Kawalan Bomba (PKB) turut diaktifkan hari ini bagi pengumpulan maklumat dan informasi semasa berkaitan kejadian itu.
Beliau berkata, makluman berkaitan kebakaran itu daripada penduduk kampung dan kebakaran itu mendapat perhatian selepas tular di media sosial dan selepas itu bomba Baling menerima panggilan jam 12 tengah hari apabila keadaan semakin tidak terkawal dan api sangat marak.
Media semalam melaporkan, bomba sudah menghabiskan masa lebih empat jam 'berperang' dengan api yang merebak di kawasan tapak pelupusan sampah di Kampung Besah, Mukim Tawar, di sini semalam.
Kebakaran itu membabitkan bahan buangan di kawasan itu membabitkan sisa buangan domestik dan kilang berhampiran dan operasi ketika itu dilakukan lapan anggota serta dibantu dua anggota dengan jentera tangki air dari BBP Pengkalan Hulu, Perak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.582190 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list