CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9201|Reply: 0

[Sabah] Ram Singh dilantik Penasihat Undang-Undang KKJA

[Copy link]
Post time 28-1-2026 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-1-2026 12:12 PM



TERIMA KASIH: Ram Singh (tengah) menerima watikah pelantikan daripada Jimmy.

KOTA KINABALU: Penguam terkenal, Datuk Ram Singh secara rasminya dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang untuk Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA).
Beliau menerima pelantikan itu setelah pertimbangan dilakukan bertahun lamanya.

Surat pelantikan telah disampaikan oleh Pengerusi KKJA, Jimmy Goh kepada Ram Singh di sini, hari ini.

"Saya sudah lama meminta beliau menjadi penasihat undang-undang KKJA tetapi beliau selalu berkata tunggu dahulu.

"Baru-baru ini, beliau menerima tawaran itu," kata Jimmy sambil berasa bersyukur kerana Ram Singh bersetuju walaupun jadualnya padat.

Beliau berharap kehadiran Ram Singh dalam KKJA mampu membantu persatuan itu.

Ram Singh, yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman mengendalikan kes jenayah besar, menekankan bahawa wartawan juga memerlukan perlindungan undang-undang seperti profesional lain.

"Saya fikir wartawan dan ahli media sepatutnya mendapat perlindungan. Sebab itu persatuan seperti KKJA penting. Untuk melindungi wartawan," katanya.

Beliau menegaskan bahawa wartawan sering diserang kerana laporan mereka, tetapi laporan yang adil seharusnya dilindungi.

"Setiap kali wartawan menulis sesuatu, mereka diserang. Tetapi jika ia adalah komen yang adil, kenapa tidak? Anda sepatutnya mendapat perlindungan sama seperti profesional lain," katanya.

Ram Singh yang menubuhkan firma guamannya sendiri pada 1997, selepas bekerja di Shelley Yap Associates and Solicitors bersama peguam terkemuka termasuk Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Richard Barnes, berjanji akan meluangkan masa untuk peranan baharunya.

"Orang kata saya sangat sibuk. Tetapi jangan risau. Saya akan cari masa," katanya, sambil menekankan beliau sudah biasa bekerja dengan media dan menghargai laporan kewartawanan yang adil.

Mengiktiraf 35 tahun perkhidmatan KKJA, Ram Singh memuji kualiti laporan media di negeri ini.

"Setakat ini, saya perhatikan liputan oleh ahli media sangat adil. Ia bukan laporan yang salah, laporan mesti adil, komen yang adil," katanya.


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 1.069872 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list