CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12113|Reply: 0

[Sarawak] ​​​​​​​Mekanik disabit atas serangan seksual terhadap kanak-kanak dipenjara, disebat

[Copy link]
Post time 28-1-2026 12:45 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun berserta dua kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah mengaku bersalah atas pertuduhan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak bawah umur pada Disember tahun lepas.

Hakim Musyiri Peet memerintahkan tertuduh, 27, mula menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa daripada tarikh dia ditahan iaitu 15 Januari 2026.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani khidmat kaunseling semasa di penjara, selain berada di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman.

Tertuduh terdahulu didakwa melakukan serangan seksual secara fizikal terhadap mangsa yang berusia sembilan tahun bagi tujuan seksual di sebuah rumah sewa di Lorong Sentosa Barat 2 pada malam hari sekitar Disember 2025.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit dengan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada 9 Januari 2026 kira-kira jam 6 petang, pengadu diberitahu oleh anaknya yang dia telah dirogol oleh tertuduh di rumah sewa pengadu di Lorong Sentoasa Barat 2.

Pengadu kemudian memujuk mangsa beberapa kali untuk membuat laporan polis dan pada 15 Januari 2026, kira-kira jam 7 malam, pihak polis telah menangkap tertuduh bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan mendapati tertuduh merupakan bapa saudara mangsa dan mereka didapati tidur bersama di sebuah bilik di rumah sewa di Lorong Sentosa Barat 2 pada malam hari sekitar Disember 2025.

Tertuduh yang tidak diwakili dalam rayuan memberitahu baru berusia 27 tahun dan mohon dikenakan hukuman yang lebih ringan, selain menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh dia ditahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Cynthia Emmelda Jerry.  


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 08:04 PM GMT+8 , Processed in 3.799830 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list