CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11727|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mengaku tidak bersalah mencederakan anak anjing

[Copy link]
Post time 28-1-2026 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-1-2026 01:05 PM



Tertuduh berusia 28 tahun (kiri) diiringi ketika berada di Kompleks Mahkamah Kuching.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 28 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan seekor anak anjing betina berhampiran sebuah premis minuman awal bulan ini.

Tertuduh membuat pengakuan tersebut di hadapan Penolong Pendaftar Kanan Mohammad Fauzi Acho selepas pertuduhan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dibacakan kepadanya.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencederakan anak anjing berkenaan dengan melanggarnya sebanyak dua kali menggunakan kenderaan berhampiran premis tersebut di Batu 6, pada 3 Januari kira-kira jam 3.13 petang.

Mohammad Fauzi menetapkan 27 Februari bagi pengurusan kes praperbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan dua orang penjamin tempatan.

Tertuduh juga diarahkan untuk melaporkan diri ke balai polis dua kali sebulan, sama ada secara fizikal atau melalui WhatsApp atau e-mel bagi membantu siasatan.

Dia turut diwajibkan menghadiri semua prosiding mahkamah yang ditetapkan, tidak mengganggu pihak pendakwaan serta tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Sebarang pelanggaran terhadap syarat-syarat tersebut akan menyebabkan jaminan dibatalkan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani hadir bagi pihak pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Lim Lian Kee.



(Dari tiga kanan) Dona, Lim Heng Choo dan Chin bergambar bersama ahli-ahli NGO selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Kuching. - Gambar Kentigern Minggu
Kes tersebut yang tular di media sosial, mendorong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan haiwan iaitu Save Our Strays (S.O.S) dan Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan  Sarawak  (SSPCA) untuk mengambil peranan aktif dalam prosiding berkenaan.

Presiden SSPCA Datin Sri Dona Drury Wee, yang hadir di mahkamah, berkata anjing yang terlibat dalam insiden tersebut mengalami kecederaan parah termasuk patah kaki.

“Haiwan bergantung sepenuhnya kepada belas kasihan dan perlindungan manusia.

"Apabila perbuatan seperti ini tidak dihukum, ia memberi isyarat bahawa nyawa haiwan boleh dipandang ringan.

“Namun apabila akauntabiliti dikuatkuasakan, ia menghantar mesej yang lebih tegas bahawa kekejaman dan pengabaian mempunyai akibat,” katanya.

Anjing berkenaan telah menerima rawatan dan kini berada di bawah jagaan Klinik Veterinar Animal Central di sini.

NGO-NGO tersebut diwakili oleh peguam Roger Chin dan Lim Heng Choo.

Difahamkan, bapa kepada tertuduh didakwa telah memberikan kenyataan bertulis palsu berhubung laporan polis berkaitan kes itu, dengan mendakwa bahawa dia dan bukan anaknya yang memandu kenderaan jenis Hilux semasa kejadian.

Dia didakwa di hadapan Majistret Ling Hui Chuan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Ling menetapkan 3 Mac bagi pengurusan kes praperbicaraan dan membenarkan jaminan sebanyak RM1,500 dengan dua orang penjamin tempatan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.680153 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list