CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10120|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang cadang perluas penerbangan terus dari India

[Copy link]
Post time 28-1-2026 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang cadang perluas penerbangan terus dari India

BERNAMA - Januari 28, 2026 @ 11:47am





Foto hiasan



GEORGETOWN: Pulau Pinang bakal memperluas jaringan penerbangan antarabangsa dengan India, menerusi cadangan perkhidmatan penerbangan terus dari sebuah lagi bandar di negara itu susulan prestasi positif laluan Chennai-Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai, berkata perbincangan dengan syarikat penerbangan IndiGo Airlines telah diadakan semasa lawatan ke Chennai, termasuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Pengarah Jualan IndiGo Airlines Srinivasan Jayaseelan.

"Selepas Chennai, terdapat potensi besar untuk sebuah lagi bandar di India dihubungkan secara terus ke Pulau Pinang.

Setelah segala pengaturan dan perincian dimuktamadkan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama IndiGo Airlines akan membuat pengumuman rasmi berkaitan perkara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Wong mengetuai delegasi kerajaan negeri bersama penggiat industri pelancongan ke Chennai sebagai sebahagian daripada jerayawara pelancongan Simply Penang, bertujuan mempromosikan kepelbagaian produk pelancongan Pulau Pinang kepada pasaran India, selain menarik pelawat untuk percutian dan perniagaan ke negeri itu.

Hon Wai berkata perancangan berterusan dan penglibatan proaktif dengan pasaran India sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah membuahkan hasil dengan pelancaran perkhidmatan penerbangan terus Chennai-Pulau Pinang oleh IndiGo Airlines pada 21 Disember 2024.

Beliau berkata sejak dilancarkan, laluan Chennai–Pulau Pinang telah mengendalikan lebih 770 penerbangan dan membawa lebih 100,000 penumpang dengan faktor muatan purata kira-kira 70 peratus.

"Prestasi laluan yang stabil dan memberangsangkan telah menambah ketibaan pelancong dari India dengan ketara, menjadikan India antara 10 pasaran sumber utama Pulau Pinang, kini berada di kedudukan keenam.

"Setakat 2025, sebanyak 25,772 pelancong India tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, menunjukkan peningkatan lebih 2.3 kali ganda berbanding 2024," katanya, sambil menambah angka itu kira-kira 3.5 kali ganda lebih tinggi berbanding 2023.

Selain penerbangan, Hon Wai berkata pelancongan kapal persiaran dari India juga mencatat pertumbuhan memberangsangkan, dengan 18,688 penumpang kapal persiaran dari negara itu direkodkan antara Januari hingga November tahun lepas, menjadikan India sebagai pasaran sumber kedua terbesar di Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier.

Secara keseluruhan, jumlah ketibaan pelancong dari India ke Pulau Pinang pada 2025 melebihi 44,000 orang.

"Untuk memperkukuh kehadiran Pulau Pinang di India, kami akan meneruskan penglibatan secara terancang melalui promosi bersasar dan kerjasama dengan industri," katanya yang merujuk kepada siri jerayawara Simply Penang yang diadakan di bandar utama India seperti Mumbai, New Delhi, Kochi dan Chennai.

Beliau berkata delegasi juga mengadakan pertemuan dengan persatuan industri utama dan media tempatan bagi memperkukuh imej Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan percutian, perniagaan serta Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE). – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1502425/pulau-pinang-cadang-perluas-penerbangan-terus-dari-india





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.337125 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list