CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17963|Reply: 0

[Johor] Warga Singapura didenda RM1,800 tumbuk pengunjung pusat hiburan

[Copy link]
Post time 28-1-2026 05:25 PM | Show all posts |Read mode

Seah Yan Sheng Romeo (baju putih) didenda RM1,800 selepas mengaku menumbuk muka pengunjung pusat hiburan. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Lelaki warga Singapura mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menumbuk muka seorang pengunjung sebuah pusat hiburan kerana didakwa mengganggu isterinya.

Tertuduh, Seah Yan Sheng Romeo, 41, yang bekerja sendiri membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa dan Majistret Arun Noval Dass kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM1,800.

Arun juga memerintahkan tertuduh yang juga bapa kepada empat anak dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda dikenakan. Tertuduh kemudian membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa, lelaki berusia 33 tahun di sebuah pusat hiburan di Taman Setia Jaya, di sini, 2.30 pagi, 5 Oktober tahun lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga mangsa, ketika berada di pusat hiburan terbabit didatangi tertuduh bersama empat lagi rakannya lalu memasuki bilik karaoke disewanya.

Tertuduh sempat bertanya kepada mangsa sama ada membawa isterinya namun lelaki itu menafikannya. Tertuduh secara tiba-tiba menumbuk muka hingga berdarah.

Pada masa sama, tertuduh juga didakwa menumbuk kepala mangsa berkali-kali sebelum tercetus pergelutan.

Akibat pergelutan itu, mangsa terjatuh dengan kepalanya terkena meja hingga berdarah sebelum dibawa ke hospital menjalani rawatan.

Laporan perubatan juga mengesahkan mangsa mengalami kecederaan akibat kejadian itu. Susulan itu, polis menahan tertuduh untuk siasatan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan.

Sumber : harian metro




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.469174 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list