CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18841|Reply: 0

[Johor] Kebakaran tanah gambut, 52 peratus sudah padam

[Copy link]
Post time 28-1-2026 05:28 PM | Show all posts |Read mode

OPERASI pemadaman kebakaran tanah gambut Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang masuk hari keenam. FOTO Izz Laily Hussein

Kota Tinggi: Sebanyak 52 peratus daripada keluasan kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang di sini, berjaya dipadamkan, sehingga hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Muhammad Al Mustakim Abdul Hady berkata, kawasan kebakaran yang sudah dipadamkan melebihi 51 hektar daripada keseluruhan kawasan yang terbakar iaitu lebih 99 hektar.

Beliau berkata, pihaknya yakin operasi pemadaman kebakaran hari ini akan terus menunjukkan perkembangan baik susulan penggunaan khidmat helikopter bagi operasi 'water bombing'.

"Kita sudah membuat 'fire break' dengan mengepung kawasan kebakaran dan kemudian membanjirkan kawasan berkenaan. Kita bahagikan kepada sembilan sektor yang mana beberapa sektor sudah dipadamkan dan beberapa lagi hampir padam.

"Selepas ini kita ada helikopter, jadi kita yakin helikopter akan padamkan kebakaran di kawasan yang kita tidak dapat masuk, terutamanya yang agak jauh ke dalam yang mana semalam jengkaut yang kita guna tenggelam.

"Jadi, kita harap helikopter akan dapat pergi ke bahagian tengah dan kita harap perkembangan operasi pemadaman hari ini lebih baik," katanya ketika di Pusat Kawalan Bomba (PKB) Operasi Pemadaman Kebakaran Tanah Gambut di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mustakim berkata, operasi 'water bombing' itu akan membabitkan kawasan kira-kira 30 peratus.

Katanya, proses itu akan membantu mengurangkan asap kerana adanya wap air yang akan meresap asap.

"Kalau asap dah berkurang, kira okaylah sebab asap yang mengganggu penduduk sekitar," katanya.

Helikopter MI-17 milik Unit Udara JBPM yang berpusat di Subang Jaya, Selangor itu mampu membawa sebanyak 1,340 liter air bagi satu penerbangan yang akan menjalankan operasi pemadaman dijangka sehingga Jumaat ini.

Air berkenaan akan digugurkan dari helikopter ke kawasan kebakaran yang sudah ditandakan.

Sementara itu, setakat jam 12 tengah hari, seramai 153 penduduk Taman Bayu Damai di sini, yang terdiri daripada 50 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan sejak kebakaran yang berlaku bermula Jumaat lalu.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.041456 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list