CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19944|Reply: 0

[Johor] Pemandu e-hailing cedera ditumbuk warga China

[Copy link]
Post time 28-1-2026 05:35 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Nilai: Pemandu e-hailing mengalami kecederaan pada bibir dan dahi selepas dikatakan dibelasah penumpang warga China di Bandar Baru Nilai, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kejadian dipercayai bermula daripada salah faham sebelum berlarutan ke pertengkaran dan berakhir dengan pergaduhan.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerima satu laporan jam 3.40 pagi daripada seorang lelaki tempatan berkaitan kejadian pergaduhan.

"Kejadian membabitkan pemandu e-hailing dengan seorang lelaki warga asing yang berlaku di kawasan Bandar Baru Nilai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham ketika perkhidmatan penghantaran penumpang sebelum berlaku pertengkaran yang membawa kepada pergelutan antara kedua-dua pihak.

"Akibat kejadian ini pemandu e-hailing mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan," katanya.

Justeru kata beliau, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan diminta bekerjasama dengan polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian ke balai polis berhampiran.

"Polis juga menasihatkan semua pengguna perkhidmatan e-hailing dan penumpang supaya sentiasa berhemah, mematuhi peraturan serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi atau konflik," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.194771 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list