CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 20495|Reply: 0

[Negeri Sembilan] JPJ Negeri Sembilan lelong 100 kenderaan, kutip RM187,100

[Copy link]
Post time 28-1-2026 05:36 PM | Show all posts |Read mode

JPJ Negeri Sembilan mengutip RM187,100 menerusi lelongan awam siri pertama tahun ini membabitkan 100 kenderaan yang disita. FOTO Facebook JPJ Negeri Sembilan

Seremban: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengutip RM187,100 menerusi lelongan awam siri pertama tahun ini membabitkan 100 kenderaan yang disita, kata Pengarahnya Hanif Yusabra Yusof.

Beliau berkata jumlah tersebut membabitkan 95 kenderaan yang boleh dilesenkan manakala selebihnya tidak boleh dilesenkan, hasil sitaan daripada pelbagai operasi penguatkuasaan.

"Antara kesalahan utama pemilik kenderaan terbabit ialah tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans serta tiada lesen memandu.

"Bidaan tertinggi diterima ialah RM15,700 bagi sebuah lori rigid, manakala bidaan terendah RM50 membabitkan motosikal lusuh. Lelongan seumpama ini diadakan dua kali setahun dan sambutan kali ini amat menggalakkan dengan penyertaan 120 pembida," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketika ini lelongan awam kenderaan lucut hak masih dijalankan secara manual dan pihaknya merancang untuk melaksanakan sistem bidaan secara dalam talian di bawah seliaan ibu pejabat JPJ pada masa akan datang.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.496301 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list