CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 13613|Reply: 0

[Johor] INFRASTRUKTUR DUA SEKOLAH RINTIS BANGSA JOHOR CAPAI 97 PERATUS KESIAPSIAGAAN

[Copy link]
Post time 29-1-2026 08:29 AM | Show all posts |Read mode

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengadakan lawatan ke SK Seri Kota Puteri 4 dan SMK Seri Kota Puteri 2, Pasir Gudang, hari ini. | Foto MDJ Nurina Aisyah

PasirGudang – Infrastruktur dua Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kota Puteri 4 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Puteri 2, Pasir Gudang kini mencapai tahap kesiapsiagaan hampir 97 peratus.

Kesiapsiagaan SRBJ ini adalah hasil cetusan idea Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor itu meliputi kemudahan utama yang telah dinaik taraf membabitkan kelas rintis, bilik guru, makmal sains serta makmal Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), perpustakaan, makmal komputer serta ‘staff lounge’ yang kini dilengkapi dengan peralatan yang lebih moden dan kondusif.

Selari dengan penambahbaikan infrastruktur berkenaan, pelaksanaan modul pembelajaran SRBJ juga turut berjalan lancar merangkumi silibus sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), penguasaan bahasa Inggeris, kemahiran komunikasi serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan penggunaan peranti iPad.

Pendekatan pembelajaran tersebut mampu meningkatkan motivasi pelajar dan ia juga secara tidak langsung turut meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap kualiti SRBJ yang kini dilihat sebagai sebuah sekolah bertaraf antarabangsa, sekali gus membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan ekosistem pendidikan yang berkualiti, moden dan berdaya saing.

Selain itu, fasa kedua penambahbaikan infrastruktur yang dijadualkan bermula pada bulan April depan dengan tumpuan khusus akan diberikan kepada aspek bangunan dan bilik-bilik khas yang masih belum dinaik taraf pada fasa sebelum ini, sekali gus bakal menjadi pelengkap keseluruhan transformasi fizikal sekolah yang terlibat.

Sementara itu, pembangunan modal insan turut diteruskan melalui program peningkatan kemahiran guru, termasuk rancangan penghantaran guru ke Singapura. Usaha ini bagi memperkukuh pedagogi berteraskan penyelesaian masalah yang sebelum ini telah menyaksikan seramai 90 guru telah menyertai Latihan Profesional Kumpulan Guru SRBJ di National Institute of Education (NIE), Singapura.

Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengadakan lawatan ke SK Seri Kota Puteri 4 dan SMK Seri Kota Puteri 2, Pasir Gudang, hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 07:52 PM GMT+8 , Processed in 1.056749 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list