CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12184|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki aibkan kehormatan wanita didenda RM3,000

[Copy link]
Post time 29-1-2026 10:21 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang lelaki dikenakan hukuman denda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita apabila bertindak meletakkan sayap ayam pada payudara mangsa.

Awang Ganing, 45, yang terdahulu mengaku bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Romario Jonoi, kemudiannya dibenarkan bebas setelah membayar denda yang dikenakan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa cuba mengaibkan kehormatan mangsa berusia 39 tahun dengan meletakkan sayap ayam pada payudara mangsa pada 18 Januari 2026, jam lebih kurang 4 pagi, di sebuah tempat pengurusan mayat di Jalan Bukit Lima.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang dihukum di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, ketika pengadu mengikuti rakannya ke tempat pengurusan mayat itu bagi upacara 'ngetas ulit', seorang lelaki tidak dikenali telah menghampiri dan meletakkan sayap ayam pada bahagian atas payudaranya.

Pada masa sama, tangan lelaki tersebut turut menyentuh bahagian atas payudara pengadu lalu meninggalkan tempat tersebut sambil dimarahi pengadu.

Disebabkan tindakan itu, pengadu merasa trauma dan malu kerana berasa dirinya telah dicabul lelaki tersebut yang kemudian dikenal pasti sebagai tertuduh.

Berikutan laporan polis yang dibuat oleh pengadu, pada 23 Januari 2026 kira-kira jam 2 petang, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas tertuduh bagi membantu siasatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haris Danial Mohamed Hassan, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.050616 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list