|
View: 16682|Reply: 14
|
[Tempatan]
Kanak-kanak meninggal dalam kereta: Tangisan, suasana pilu di pekarangan Hospital Rembau
[Copy link]
|
|
|
Kes
Kanak-kanak meninggal dalam kereta: Tangisan, suasana pilu di pekarangan Hospital Rembau
REMBAU: Suasana pilu dan sesekali kedengaran tangisan di pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, di sini, ketika ahli keluarga kepada kanak-kanak yang ditemui meninggal di dalam kereta, petang semalam, menunggu proses bedah siasat.
Kelihatan ibu bapa kanak-kanak berusia dua tahun berkenaan paling terkesan dengan kejadian ini apabila kedua-duanya kerap dilihat sukar mengawal perasaan dan menangis.
Ahli keluarga dan kenalan saling berpelukan dan memberikan kata-kata semangat untuk menenangkan pasangan itu yang sedih dengan kejadian.
Ahli keluarga mangsa dilihat tiba di unit berkenaan kira-kira jam 11.45 pagi, namun difahamkan bedah siasat dijalankan jam 2 petang.
Pihak media cuba mendapatkan ahli keluarga, namun mereka kelihatan tidak bersedia untuk ditemubual.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim mengesahkan bedah siasat bermula jam 2 petang di Unit Perubatan Forensik hospital berkenaan.
Ahli keluarga kanak-kanak yang maut ditinggalkan dalam kereta lebih sembilan jam tiba di pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau sejak 11.45 pagi. -
Powered by
GliaStudios
Beliau berkata, pihaknya belum memutuskan jumlah saksi yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kes berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk menunggu keputusan punca kematian.
"Buat masa ini, siasatan kes ini menjurus kepada kewujudan pengabaian ibu bapa dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 35 tahun dan bekerja di sebuah bank di Seremban hanya menyedari anaknya tertinggal di dalam kereta ketika mahu pulang ke rumah pada jam 5 petang.
Mangsa dipercayai ditinggalkan sejak jam 8 pagi apabila ibunya terlupa untuk menghantarnya ke rumah pengasuh.
Polis turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 29-1-2026 01:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
Ada lg kes lupa anak dlm kereta,semoga ibubapa itu kuat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ah tunggu gaks berita ni tak msk2 cari patutlah org kata riwayat cari ni tak lama dah nak msk ke alam barzakh  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sekejap je terlupa.. anak tido agaknya kat belakang.. terlupa masuk ke simpang rumah pengasuh maybe.. straight terus pergi keje. Keje pulak bank.. mungkin kaunter.. mungkin kat belakang.. fokus buat kerja mmg tak sempat pikir pasal anak dalam kereta..
Mungkin kalau ada pengasuh mesej tanya anak tak datang ke.. atau suami mesej dah hantar anak ke.. atau mesej2 biasa antara keluarga.. boleh jadi pencetus ibu ni ingat anak dia. Kalau handphone pon mmg dalam henbeg.. mmg punch card nak balik nantila baru perasan jawabnya..
aku sendiri terleka pagi tadi.. sibuk borak2 ngan anak dalam kereta.. walhal nak hantar dia ke kafa.. borak2.. terlepas simpang.. baru teringat kena amik simpang tu nak hantar anak ke kafa. Anak depan mata boleh hilang fokus. U turn n hantar anak semula.
Inikan pulak kalau anak tu diam aje tido di belakang.. memang boleh terlupa. Kena buat langkah2 precaution bila bawak anak. Kalau dulu masa zaman aku hantar anak ke taska.. bag2 anak mmg aku letak seat depan sebab baby car seat tak boleh letak depan, ada airbag bahaya. So tukar.. bag n barang2 baby letak depan. Anak letak dalam carseat facing back belakang passenger seat. At least aku masih nampak kelibat carseat n tangan baby la gitu. And nowadays some kereta ada reminder bila kita turn off engine.. keluar reminder "check rear seat". |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
benda macam ni boleh terjadi kat sesiapa sahaa,dan aku sendiri pernah terjadi,aku ingatkan anak aku dah masuk kereta rupany dia hanya letak barang sahaja dalam kete,aku terus ajer gerak..rupanya anak aku tertinggal di kedai,nasib lah anak aku tu d besar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Sebagai Ibu bekerja, mengurus anak memang at times jadi pelupa sebab too much dalam kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah tak bersedia ditemubual. No komen je. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
benda boleh berlaku kt kita.. doakan yg baik2 dr berckp yg mengguris hati org lain... tk ada parent normal yg mahu kematian anak begini... trauma seumur hidup ibunya.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
patut kereta baru diwajibkan guna teknologi sensing budak2 dlm kete guna wifi je, terus alert alarm ke pengguna ..tak kirela proton,perodua ke apa,
buat apala jual kete berpuluh ribu, pakai EV, boleh terbang, tapi ciri camni tarak
https://www.youtube.com/watch?v=444FZKrQpkg
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sian sgt wei.. sorry laa.. anak aku mmg aku letak kat depan masa baby.. dia dah besar kaki membebel baru letak kat blkg. itu pun kelam kabut sbb jd kurang fokus kat jalan pulak bila dia melalak2 kat blkg.. lastnya duduk depan.. ..
sesungguhnya aku bertawakal dalam mencari rezeki...semoga mak nya kuat.. sedey wei..
jgn kata baby.. tu kes tertido dlm van sekolah..walhal budak besar dah tu..allah... semoga ibubapanya tabah.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kereta proton skang kalau matikan engine keluar warning suruh tengok baby, laptop & beg. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Trauma mak dia seumur hidup.
Nasib tk baik kena dakwa pula lepas ni.
Anak meninggal, kena dakwa pula.
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak ada orang drop benda ni kat komen FB, post dekat kes tinggal anak ni la. Riki2, rupanya lawyer. Check kat komen pon orang siap kata yg dia sendiri tinggalkan anak dia yg autism teruk tu kat taman, while dia sibuk nak pegi pasar malam. Sudahnya anak tu hilang, cuma nasib baik dapat jumpa.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by asmurai at 29-1-2026 08:40 PM
Kereta aku tak boh tinted so bila keluar kereta ja aku punya habit mesti tengok seat kereta depa belakang kut kut tertinggal benda berharga spt beg, anak dll. Lagi satu kalau emergency spt kita pengsan dlm kereta, orang lain boleh nampak kita kat dlm kereta dan tolong. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 29-1-2026 05:05 PM
Nampak ada orang drop benda ni kat komen FB, post dekat kes tinggal anak ni la. Riki2, rupanya lawye ...
apa yg org tu komen tu sama mcm apa yg akak fikir...
mmg kita kesian dan simpati cumaa..
adakah itu kecuaian atau kelalaian atau terlupaan..
kita ni ada aje kadang pagi2.. time2 otw p kerja tulah nak call mak, bapak, adik beradilk sedara mara,kawan2.. atau diaorg yg call kita..
dok sedap bergayut borak2.. gosip2.. sampai tiba parking,... lanjut terus masuk ofis sampai meja kerja... ehh sambung lagik sampai la tiba waktu kerja...hal2 lain2 kita dah lupa dah..sbb sibuk bergayut kat fone kan..
tu belum lagi time kita bergaduh laki bini aritu.. lanjut gaduh kat fone sepanjang jalan sampai tiba ofis sampai masuk ofis...
ini semua kemungkinan berlaku jugak ada...
entah la... si ibu saja yg tau apa sebenarnya berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|