CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 16078|Reply: 0

[Sarawak] Imigresen tahan 42 warga asing di Kuching

[Copy link]
Post time 29-1-2026 04:10 PM | Show all posts |Read mode


Warga asing yang ditahan untuk tindakan selanjutnya.- Gambar Facebook JIM Sarawak

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak menahan 42 orang warga asing dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar bandar raya ini pada 27 hingga 28 Januari.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, operasi berkenaan dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching bagi membanteras kehadiran dan keberadaan warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, pemeriksaan tertumpu di beberapa lokasi termasuk kawasan kilang simen di Kampung Sandong, rumah sewa di Kampung Kudei, rumah kongsi di tapak pembinaan Metrocity serta beberapa premis kedai makan di sekitar Jalan Semarak, Gita.

“Walaupun terdapat cubaan dalam kalangan warga asing terbabit untuk melarikan diri dan bersembunyi bagi mengelakkan pemeriksaan, tindakan pantas serta kecekapan pegawai penguat kuasa berjaya mematahkan cubaan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya ada antara premis yang diperiksa turut disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian dan dipercayai menggaji warga asing.

Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan.

“Ini bagi memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya.

Operasi itu melibatkan kekuatan seramai 31 pegawai penguat kuasa.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.102307 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list