CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16370|Reply: 0

[Sarawak] TDM pintas cubaan 21 PATI masuk secara haram

[Copy link]
Post time 29-1-2026 04:11 PM | Show all posts |Read mode


Sebahagian PATI terbabit yang ditahan TDM sebelum diusir pulang ke negara asal. - Gambar TDM

LUNDU: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup masuk ke Sarawak dari Indonesia melalui laluan haram di kawasan sempadan Lundu, pada Rabu.

Menurut jurucakap Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, kejayaan itu hasil rondaan pasukan operasi TDM yang mengesan pergerakan mencurigakan pada kira-kira jam 3.20 petang.

Katanya, ketika itu kesemua mereka dilihat bergerak dari arah sempadan Indonesia menuju ke wilayah Malaysia.

“Bertindak pantas, anggota bertugas melaksanakan serbuan taktikal kira-kira 800 meter dari garisan sempadan di sebelah Malaysia.

“Kesemua 21 individu terbabit berjaya ditahan yang terdiri daripada 17 lelaki dan empat wanita warga negara jiran,” katanya.

Pemeriksaan lanjut mendapati majoriti mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah, tambahnya.

“Dipercayai mereka cuba memasuki negara ini untuk tujuan mencari pekerjaan dan mendapatkan barangan secara haram tanpa melalui pintu masuk yang dibenarkan,” katanya.

Turut dirampas dalam operasi tersebut adalah pelbagai barangan termasuk telefon bimbit dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM10,637.

Pemeriksaan keselamatan mengesahkan kumpulan berkenaan tidak membawa sebarang senjata api atau bahan berbahaya.

“Kejayaan operasi ini membuktikan keupayaan dan kesiapsiagaan TDM dalam mengawal serta mempertahankan keselamatan sempadan negara daripada sebarang pencerobohan tanpa dokumen sah,” katanya.

Menurutnya lagi, kesemua PATI terbabit telah diusir serta-merta ke negara asal melalui sempadan terdekat pada hari yang sama.

Manakala laporan polis turut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu bagi tujuan dokumentasi kejadian.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.761039 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list