CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 18285|Reply: 0

[Tempatan] MyKad baharu ada QR imbas pembeli minyak peket pada 1 Jun

[Copy link]
Post time 29-1-2026 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh ZULKIFLI MANZOR
29 Januari 2026, 2:21 pm




KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh membeli minyak masak peket bersubsidi dengan mengimbas kod QR pada MyKad baharu yang akan diperkenalkan mulai 1 Jun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, inisiatif itu sebahagian daripada usaha mengintegrasikan pelbagai mekanisme subsidi dan bantuan ke dalam satu platform bersepadu.

Menurut beliau, kaedah baharu tersebut akan turut membantu kerajaan dalam mengenal pasti dan merekod pembelian minyak masak paket bersubsidi.

“Memandangkan subsidi RON95 dan program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) telah berjalan dengan lancar, kami akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mengintegrasikan dengan platform MyKasih sebagai pilihan tambahan bagi penjualan minyak masak peket.

“Pada masa hadapan, pembelian minyak masak peket boleh dilakukan hanya dengan mengimbas kod QR pada kad pengenalan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung pengagihan minyak masak paket bersubsidi kepada warga emas dan orang miskin di luar bandar.

Menjawab soalan asal, Armizan berkata, Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) yang dibangunkan KPDN bertujuan menambah baik pengurusan minyak masak kemasan peket bersubsidi satu kilogram melalui pendigitalan.

Menurut beliau, sistem itu mendaftarkan semua pihak yang terlibat dalam rantaian pengedaran termasuk syarikat kilang penapis, syarikat pembungkusan, pemborong serta peruncit.

Kata beliau, ia turut merekodkan transaksi jual beli minyak masak peket bermula daripada syarikat kilang penapis sehingga peringkat pembelian oleh peruncit.

“KPDN akan sentiasa menambah baik pengurusan eCOSS sama ada melalui aplikasi Mobile eCOSS dan opsyen-opsyen lain bagi memastikan perekodan secara digital di setiap rantaian pengagihan bekalan dan transaksi jual beli,” katanya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.461501 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list