CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17611|Reply: 6

[Tempatan] China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar

[Copy link]
Post time 29-1-2026 05:41 PM | Show all posts |Read mode



China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan MyanmarSebahagian daripada 11 individu yang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Rakyat Pertengahan Wenzhou, China. – Foto ihsan Mahkamah Rakyat Pertengahan Wenzhou
BEIJING: China hari ini melaksanakan hukuman mati terhadap 11 individu yang dikaitkan dengan sindiket jenayah rentas sempadan di Myanmar.

Antaranya termasuk dalang utama yang terbabit dalam operasi pusat penipuan telekomunikasi, menurut laporan media kerajaan.
Mereka dijatuhi hukuman mati pada September lalu oleh sebuah mahkamah di bandar Wenzhou, timur China, lapor Xinhua, sambil menambah bahawa mahkamah berkenaan turut melaksanakan hukuman itu.

Antara yang dihukum mati ialah anggota 'kumpulan jenayah keluarga Ming', yang aktivitinya menyebabkan kematian 14 warga China serta kecederaan kepada 'ramai yang lain'.

Pusat-pusat berkenaan lazimnya dikendalikan oleh warga asing, termasuk ramai warga China, dengan kebanyakan mereka mendakwa diperdagangkan dan dipaksa menipu orang ramai secara dalam talian.

"Ahli keluarga terdekat penjenayah dibenarkan bertemu dengan mereka sebelum hukuman dilaksanakan," tambah Xinhua.

Hukuman mati itu telah diluluskan oleh Mahkamah Rakyat Tertinggi di Beijing, yang mendapati bukti kesalahan yang dilakukan sejak 2015 adalah 'muktamad dan mencukupi', menurut Xinhua.

Beijing sejak beberapa tahun kebelakangan ini meningkatkan kerjasama dengan negara-negara Asia Tenggara untuk membanteras pusat-pusat berkenaan, dengan ribuan individu dihantar pulang ke China.

Tahun lalu, Kementerian Keselamatan Awam China memaklumkan lebih 7,600 warga China yang disyaki terbabit dalam perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi telah dihantar pulang dari Myawaddy, sebuah bandar di tenggara Myanmar berhampiran sempadan Thailand.

Awal bulan ini, Kemboja mengekstradisi ke China hartawan Chen Zhi, yang menurut Amerika Syarikat (AS) mengetuai sebuah konglomerat yang menjadi penyamaran kepada rangkaian penipuan siber bernilai berbilion dolar.

Pihak berkuasa China menyifatkan pelaksanaan hukuman itu sebagai amaran keras terhadap jenayah rentas sempadan, sambil menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dengan negara jiran bagi membanteras rangkaian jenayah terancang.

Setakat ini, butiran lanjut mengenai identiti kesemua individu yang dihukum mati tidak didedahkan, namun pihak berkuasa menegaskan usaha penguatkuasaan akan diteruskan bagi mematahkan operasi penipuan yang masih aktif di rantau itu. - AGENSI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2026 05:44 PM | Show all posts
Malaysia Bila lagi terutamanya kepada penjenayah gomen?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat2lah mereput.


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 29-1-2026 05:44 PM
Malaysia Bila lagi terutamanya kepada penjenayah gomen?

Bila politikus pun 'terpalit'...mana la nk bawa ke parlimen...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Good job
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2026 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaut untung byk tahun
Desakan antarabangsa baru pandai solve
Padahal terang2 pekan itu scammer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.839596 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list