CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18022|Reply: 1

[Pulau Pinang] Lelaki ‘drive-thru’ nasi kandar di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 29-1-2026 11:40 PM | Show all posts |Read mode
Tangkap layar hantaran memaparkan penunggang motosikal pandu lalu di sebuah restoran nasi kandar di Pulau Pinang.





Lelaki ‘drive-thru’ nasi kandar di Pulau Pinang



  • Oleh HALISYA ISMA ZULKURNAIN
  • 29 Januari 2026, 5:38 pm




PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal mengejutkan orang ramai selepas membeli nasi kandar seperti pandu lalu khas di sebuah restoran nasi kandar di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menerusi hantaran pengguna TikTok @Blvk99, kelihatan seorang penunggang motosikal memasuki ruang restoran untuk mengambil pesanan nasi kandar.

“‘Drive-thru nasi kandar,” katanya menerusi ruang kapsyen.

Sementara itu, terdapat pengguna TikTok yang turut membuat permintaan untuk restoran nasi kandar membuat pandu lalu khas untuk kereta.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata pengguna berseloroh dengan tindakan penunggang motosikal berkenaan selain risau akan pencemaran udara.

“Sedang latihan bulan Ramadan akan datang,” komen @ZamriAmri.

“Lagi seronok kalau ada motosikal yang ekzos kuat.

Memang berasap satu kedai dibuatnya,” komen @Heryjack.

“Asap motosikal lagi bahaya daripada asap rokok.

Pakcik jangan selalu buat ‘drive-thru’ macam ini,” komen @Karishark. –KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/29/video-lelaki-drive-thru-nasi-kandar-di-pulau-pinang/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2026 11:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 1.375935 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list