CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17576|Reply: 0

[Pulau Pinang] Projek rintis warga Hospital Pulau Pinang lupus al-Quran, kitab lusuh ikut kaedah betul

[Copy link]
Post time 30-1-2026 02:27 AM | Show all posts |Read mode
Projek rintis warga Hospital Pulau Pinang lupus al-Quran, kitab lusuh ikut kaedah betul

Nur Izzati Mohamad[email protected]





ISMARUDDIN (tiga dari kanan) dan Muhammad Ali (dua dari kanan) menyerahkan naskhah Al-Quran serta kitab yang telah lusuh dan rosak kepada Timbalan Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Mohamad Sufi Mat Salleh untuk proses pelupusan. FOTO Nur Izzati Mohamad.




Nibong Tebal: Hospital Pulau Pinang melalui Unit Hal Ehwal Islam berjaya mengumpul sejumlah 65 kilogram (kg) al-Quran serta kitab bacaan yang lusuh dan rosak untuk dilupuskan.

Pengumpulan naskhah suci itu dilakukan dalam tempoh dua jam sebelum dibawa ke pusat pelupusan di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan di Jawi.

Wakilnya Ismaruddin Ismail berkata, inisiatif itu pertama kali dilaksana selepas memperoleh maklumat cara pelupusan yang betul menerusi seminar Kementerian Dalam Negeri, baru-baru ini.

"Sebelum ini, kita belum pernah buat pelupusan al-Quran kerana tidak tahu mengenainya sehinggalah dimaklumkan oleh pihak KDN.

"Untuk pertama kali ini, pengumpulan hanya dalam kalangan kakitangan hospital sahaja," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi kakitangan hospital, Muhammad Ali Adnan berkata, program itu disambut baik warga kerja demi menjaga kesucian al-Quran dan bahan mengandungi ayat suci.

"Rata-rata kakitangan hospital tinggal di kuarters dan tiada banyak ruang untuk menyimpan al-Quran serta kitab-kitab bacaan yang telah lusuh dan rosak, tetapi mereka tidak tahu cara yang betul untuk melupuskannya.

"Jadi, bila tahu ada program pengumpulan untuk pelupusan maka ramai-ramai datang dan kita hanya menjadi orang tengah untuk kutip serta hantar ke pusat pelupusan," katanya yang memaklumkan projek rintis itu mungkin akan diperluas pada masa akan datang.

Menurutnya, mereka bercadang mewujudkan sudut pengumpulan al-Quran lusuh dan rosak di hospital pada masa akan datang untuk membolehkan orang ramai turut serta.



Disiarkan pada: Januari 29, 2026 @ 9:03pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1316933/projek-rintis-warga-hospital-pulau-pinang-lupus-al-quran-kitab-lusuh-ikut




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.103841 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list