CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9310|Reply: 0

[Johor] MBJB pantau penganjur bazar Ramadan pastikan sewa maksimum RM500

[Copy link]
Post time 30-1-2026 08:03 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Penganjur bazar Ramadan di tapak milik dan seliaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan dipantau bagi memastikan pematuhan kepada kadar sewa maksimum RM500.
Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata, tindakan akan dikenakan terhadap pihak yang tidak mematuhi syarat ditetapkan.

Menurutnya, antara tindakan yang dipertimbangkan termasuk menyenarai hitam penganjur atau peniaga selain pengambilalihan penganjuran Bazar Ramadan pada masa depan.

"Jangan sampai tahap kita urus sendiri supaya cara lantikan peniaga berintegriti serta mematuhi penguatkuasaan yang ditentukan.

"Buat masa ini MBJB meluluskan penganjuran 23 lokasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri anjuran pihak swasta membabitkan sejumlah 1,160 petak jualan," katanya.

Beliau berkata, MBJB juga meluluskan 15 lokasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri anjuran Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) dengan kerjasama pihak swasta, membabitkan 815 petak jualan.

Menurutnya, sebanyak 13 lokasi bazar anjuran swasta di kawasan atau tanah persendirian turut diluluskan.

"Kelulusan ini diberikan bagi membolehkan warga bandar raya, khususnya yang beragama Islam, membuat persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

"Ia juga memberi ruang dan peluang kepada peniaga kecil dan usahawan mikro bagi menjana pendapatan," katanya.

Beliau berkata demikian di Mesyuarat Penuh MBJB di Dewan Inai Merah, Menara MBJB di sini hari ini.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.737922 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list