CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9314|Reply: 0

[Johor] Festival JBTF warnai Johor Bahru Sabtu ini

[Copy link]
Post time 30-1-2026 08:06 AM | Show all posts |Read mode

JBTF anjuran Bando Kita bakal berlangsung di pusat bandar Johor Bahru, Sabtu ini. FOTO Ihsan Bando Kita

Johor Bahru: Festival Johor Bahru Town (JBTF) bakal menghidupkan pusat bandar raya ini dengan kepelbagaian seni dan budaya menerusi penganjuran julung kalinya di Jalan Dhoby di sini, Sabtu ini.

Festival yang akan berlangsung di Jalan Dhoby, Jalan Pahang dan Jalan Tan Hiok Nee dengan tema Celebrating the Heart of Our Town itu bertujuan menyemarakkan semula bandar raya ini melalui pelbagai aktiviti yang disediakan.

Penganjuran oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kelab Bandar Kita Johor Bahru (Bando Kita) bersama Iskandar Youth Hub Sdn Bhd (HAB) itu akan bermula seawal jam 10 pagi hingga 11.30 malam.

Ketua Perhubungan Awam dan Komunikasi Bando Kita, Zariq Hefni berkata, festival itu dianjurkan sejajar dengan Tahun Melawat Johor 2026 sekali gus dapat membangkitkan semula bandar raya ini dengan menggabungkan seni kontemporari, budaya jalanan dan warisan.

"Jalan-jalan ikonik seperti Jalan Dhoby, Jalan Pahang dan Jalan Tan Hiok Nee akan dihidupkan semula sebagai ruang awam yang meriah yang sarat dengan kreativiti, kebanggaan tempatan dan tenaga komuniti.

"Objektif penganjuran festival ini adalah bagi meraikan identiti unik Johor Bahru melalui seni, warisan dan budaya jalanan, serta menggalakkan kerjasama antara komuniti dan perniagaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Festival berkenaan sarat dengan pelbagai aktiviti seperti Pesta Jalan Dhoby, Yellow Carpet, Paso Seni, Muzik di Jalanan, Main-main, Town Talk Corner dan Green Workshop.

Selain itu, turut diadakan Persembahan Budaya, Kawad Raksasa, Jiran Jiran Town, Lokakarya, Skate Jam, Kaki Goncang, Heritage Walk dan Open Mic.

Sumber : harian metro



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.987515 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list