CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10521|Reply: 6

[Dunia] Wanita potong, tetak kemaluan suami 50 kali

[Copy link]
Post time 30-1-2026 08:24 AM | Show all posts |Read mode
SEOUL – Seorang wanita dari Korea Selatan dipenjara tujuh tahun selepas bertindak memotong dan menetak kemaluan suaminya kira-kira 50 kali kerana berang lelaki itu dipercayai berlaku curang.

Menurut portal Must Share News, wanita berusia 58 tahun itu merancang serangan bersama anak perempuan dan menantunya selepas memperoleh bukti bahawa suaminya menjalin hubungan dengan wanita lain dalam kejadian pada 1 Ogos 2024 di Hwado-myeon, Pulau Ganghwa, Incheon.

Menurut rekod mahkamah, mangsa yang berusia 50 tahun ketika itu sedang minum bersendirian di sebuah kafe sebelum tertidur.

Menantu lelaki mangsa masuk ke premis berkenaan dan mengikatnya menggunakan tali serta pita industri ketika mangsa tidak sedarkan diri.

Tertuduh kemudian menyerang dengan memotong kemaluan lelaki itu serta menetaknya sebanyak 50 kali menggunakan senjata tajam.

Bagi memastikan kecederaan kekal, bahagian yang dipotong kemudiannya dibuang ke dalam tandas kafe tersebut.

Mangsa ditemui pasukan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital dan terselamat selepas menjalani pembedahan, namun mengalami trauma fizikal serta psikologi.

Pendakwaan menuntut sabitan cubaan membunuh dengan memohon hukuman penjara 15 tahun terhadap isteri mangsa dan tujuh tahun terhadap menantunya, dengan mengambil kira tahap keganasan serangan.

Bagaimanapun, Mahkamah Daerah Incheon memutuskan kedua-dua tertuduh tidak bersalah atas cubaan membunuh, sebaliknya mensabitkan mereka atas kesalahan mencederakan secara berat.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap menantu mangsa kerana membantu melakukan serangan, manakala anak perempuan mangsa didenda tiga juta won (RM8,000) kerana terlibat secara tidak langsung dengan mengupah penyiasat persendirian bagi menjejaki bapanya.

Sejak siasatan awal, wanita itu menegaskan bahawa tujuannya hanya untuk mencacatkan suaminya dan bukan untuk membunuh.

Walaupun mengalami kecederaan serius, mangsa mencapai penyelesaian rasmi dengan isterinya dan secara rasmi memohon kepada mahkamah agar tidak menjatuhkan hukuman berat.

Di bawah undang-undang Korea Selatan, permintaan mangsa supaya tertuduh tidak dihukum berat menjadi faktor mitigasi penting yang boleh mempengaruhi keputusan hukuman. - Agensi



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2026 09:44 AM | Show all posts
aiyoo pepagi dah terbaca berita mengilukan
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 10:29 AM | Show all posts
permintaan mangsa supaya tertuduh tidak dihukum berat menjadi faktor mitigasi penting yang boleh mempengaruhi keputusan hukuman.



why bro

u just lost ur d!ck

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjang mana tu boleh kira sampai 50 tetakan tu???? Kot saiz pencil 2b harus dah jd tahap daging cincang halus dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 11:10 AM | Show all posts
umur dah 50 an... anak dah besar..  Nak ada detik romance yang indah2 pun dah tak seseuai, sex hari2 pun tak larat atau tak menarik sgt dah, cinta orang tua ni mana boleh flirt2 dah nampak lain .... kalau pasangan nak jalan, let him her go.. tua2 sepatutnya boleh bahagia sendiri...boleh jer cari kawan setakat bersembang... just ask for more money untuk buat mcm2..atau cerai terus

masa ini pasangan curang cerai sajalah.. kau potong kontol suami pun tak ada guna, bagus bunuh sahaja... tak berbaloi lah.. tempat lain dah kena sabit cubaan membunuh, alasan mencacatkan tak logik sebab potong kontol...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sadissss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2026 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dh 50 kali tu cincang dh tu melainkan panjangnya 50 cm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 08:04 PM GMT+8 , Processed in 1.265101 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list