CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7426|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak pada kedudukan kukuh jadi pemain industri aeroangkasa serantau

[Copy link]
Post time 30-1-2026 09:42 AM | Show all posts |Read mode


Sagah (duduk, tengah) bersama peserta dan jemputan APACE 2026. Turut kelihatan Harden (duduk, kanan) dan Affendi (duduk, kiri). - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Sarawak berada pada kedudukan yang kukuh untuk muncul sebagai pemain industri aeroangkasa serantau dan industri berkemahiran tinggi pada masa hadapan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, pembangunan industri aeroangkasa Sarawak tidak hanya tertumpu kepada infrastruktur dan teknologi.

Malah kata Sagah, tumpuan turut diberikan kepada pembangunan modal insan sebagai teras utama kejayaan jangka panjang industri aeroangkasa Sarawak.

“Bagi Sarawak, aeroangkasa bukan sekadar mengenai pesawat dan kemudahan fizikal, tetapi juga merupakan industri berasaskan pengetahuan yang digerakkan oleh bakat, penyelidikan, keupayaan kejuruteraan dan peningkatan kemahiran secara berterusan.

“Sehubungan itu, Sarawak memberi penekanan kuat terhadap pendidikan sebagai asas kepada strategi aeroangkasa negeri, bermula daripada pendedahan awal STEM di sekolah sehingga kepada latihan kejuruteraan lanjutan dan penyelidikan bertaraf antarabangsa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Pameran dan Persidangan Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis dan Penasihat Borneo Bussiness Connect selaku penganjur APACE 2026 Tan Sri Affendi Buang.



Sagah berucap pada penutupan APACE 2026 di BCCK. - Gambar Roystein Emmor

Sagah berkata, dalam usaha membina ekosistem aeroangkasa tempatan, Sarawak melalui Kolej Universiti i-CATS telah memeterai beberapa kerjasama penyelidikan strategik termasuk dengan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Turkish Aerospace Malaysia serta H2 Energy.

Sarawak katanya, juga memanfaatkan peranan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dalam melahirkan tenaga kerja aeroangkasa berkemahiran tinggi melalui latihan sejajar industri, selain kerjasama akademik dengan Universiti Tsinghua dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

“Kesemua usaha ini membina sistem pendidikan bersedia masa depan bagi memperkasa generasi muda Sarawak memimpin industri berkemahiran tinggi,” katanya.

Sagah turut berkata pembangunan industri aeroangkasa memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan bagi memastikan kurikulum, latihan dan pensijilan selari dengan keperluan sebenar industri.

Beliau turut menegaskan bahawa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) turut memainkan peranan penting dalam menyokong industri aeroangkasa, khususnya melahiran juruteknik, pakar penyelenggaraan dan tenaga profesional teknikal.

Mengenai APACE 2026, Sagah berkata sepanjang tiga hari penganjuran bermula Selasa lalu, sebanyak 17 sesi bermaklumat ditampilkan dan menghimpunkan 2,216 pengunjung dari 23 negara dengan penyertaan 39 penceramah, 727 delegasi dan 101 syarikat.

Selain itu, Program Ceramah Kerjaya dan Hari Kerjaya turut diadakan melibatkan 30 majikan, 394 pencari kerja dengan 42 calon berjaya dan 150 calin disenarai pendek untuk temu duga pusingan kedua.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.040673 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list