CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9328|Reply: 0

[Sarawak] 5,000 pelajar IPT di seluruh Sarawak terima manfaat FTES

[Copy link]
Post time 30-1-2026 09:43 AM | Show all posts |Read mode


Sagah (tiga kiri) menyaksikan penyampaian surat pelantikan sebagai Pentadbir Induk daripada wakil Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kepada wakil Sarawak Skills. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kira-kira 5,000 pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Sarawak telah menerima manfaat Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) Sarawak yang mula dilaksanakan pada Januari ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata daripada jumlah itu, seramai 28 pelajar adalah dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa di Kolej Universiti i-CATS.

“Jumlah pelajar yang menerima FTES di i-CATS mungkin lebih daripada itu kerana institusi itu turut menawarkan kursus-kursus lain yang layak.

“Seperti yang kita sebut sebelum ini, kursus-kursus yang layak termasuklah berkaitan dengan bidang Sains dan Kejuruteraan selain Kewangan dan Perakaunan serta Psikologi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas Majlis Penutupan Pameran dan Persidangan Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Tambah Sagah, selain pelajar baharu, FTES turut diberikan kepada pelajar sedia ada yang kini berada di tahun kedua dan ketiga pengajian termasuk pelajar tahun keempat kursus ijazah.  

“Jika kursus ijazah itu mengambil masa empat tahun, maka pelajar tersebut juga akan menikmati kemudahan FTES sepanjang baki tempoh pengajian mereka,” ujarnya.

Ditanya sama ada terdapat pelajar yang menolak atau tidak menerima skim tersebut, Sagah berkata setakat ini kementeriannya belum menerima sebarang laporan berhubung penolakan FTES.

Bagaimanapun kata Sagah, bagi pelajar yang telah menerima biasiswa atau bantuan kewangan lain, maka FTES tidak akan diberikan bagi mengelak pertindihan bantuan.

FTES merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak yang mula dilaksanakan pada Januari 2026, bertujuan meringankan beban kewangan pelajar Sarawak melanjutkan pengajian di IPT milik Sarawak.

Antara universiti milik Sarawak yang terlibat dengan FTES ialah Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Universiti Curtin Malaysia, Kolej Universiti i-CATS dan Kolej Laila Taib.

Kursus yang layak di bawah FTES termasuklah dalam bidang Sains dan Kejuruteraan, Teknologi dan Inovasi dan bidang profesional terpilih seperti Kewangan, Perakaunan dan Psikologi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.263639 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list