CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9589|Reply: 0

[Sarawak] Swinburne Sarawak wujudkan biasiswa PhD fokus bidang AI

[Copy link]
Post time 30-1-2026 10:05 AM | Show all posts |Read mode


Fadillah (kedua kiri) menyaksikan pemeteraian MoU antara Profesor Dr Choo (kiri) dan Gerald Leong (dua kanan). Turut kelihatan ialah Yery Chung.

KUCHING: Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) melangkah setapak dengan pengwujudan biasiswa doktor falsafah (PhD) yang memfokuskan bidang kecerdasan buatan (AI).

Ia susulan pemeteraian Surat Hasrat (LOI) untuk memajukan bidang AI pada 26 Januari lepas melibatkan Quatini Pte Ltd, sebuah platform penyelidikan dan pelaburan yang berpangkalan di Singapura serta syarikat sekutunya YRY Pacific Co Ltd yang beribu pejabat di Korea.

Pemeteraian LOI itu ditandatangani pelabur Quatini, Gerald Leong bersama Ketua Pegawai Eksekutif YRY Pacific Yery Chung sekali gus menandakan era rasmi ke arah membangunkan kerjasama penyelidikan dan inovasi rentas sempadan yang berasaskan Asia Tenggara.

Terdahulu majlis penuh bersejarah itu dimeterai di hadapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Amar Fadillah Yusof yang secara tidak langsung mencerminkan sokongan terhadap pembangunan penyelidikan kedoktoran lanjutan dan penglibatan akademik antarabangsa.

Di bawah rangka kerja yang dicadangkan, inisiatif berkenaan akan menyokong calon kedoktoran Malaysia dengan keutamaan kepada rakyat Sarawak untuk menjalankan penyelidikan berkaitan AI, kemanusiaan dan sains alam sekitar.

Kerjasama turut melibatkan penyertaan sektor swasta dari Singapura dan Korea Selatan dengan Swinburne Sarawak sebagai institusi hos akademik merangkumi penyeliaan kedoktoran serta laluan translasi seperti pembangunan platform data, harta intelek dan inisiatif inovasi berasaskan penyelidikan AI lanjutan.

Manakala YRY Pacific akan menumpukan penyelidikan terhadap aplikasi AI dalam kemanusiaan digital, khususnya bagi pengiktirafan artis seni kontemporari Korea Selatan.

Sementara Quatini pula akan memfokuskan kepada aplikasi AI dalam sempadan planet digital dan sains alam sekitar termasuk perakaunan modal semula jadi dan pemodelan ekosistem di Sarawak dan Asia Tenggara.

Dalam pada itu, Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak Profesor Lau Hieng Ho berkata gabungan bidang kemanusiaan digital, sains alam sekitar dan AI mampu membantu menterjemahkan sains kompleks kepada dasar serta pembelajaran yang bermakna.

“Swinburne (Sarawak) komited untuk menyediakan penyeliaan yang ketat, infrastruktur penyelidikan dan rangkaian global bagi membangunkan generasi pemimpin penyelidikan akan datang,” katanya.

Sementara itu Gerald Leong berkata, inisiatif tersebut bertujuan membina kapasiti AI di ASEAN dan Sarawak melalui penyelidikan yang berteraskan keperluan serantau.

“Apa yang kami cuba lakukan ialah membina kapasiti AI yang betul di ASEAN dan Sarawak melalui sebuah universiti Australia yang berpangkalan di rantau ini dengan penyelidikan kemanusiaan digital di Korea serta di Borneo,” katanya.

Terdahulu, majlis menandatangani LOI itu turut disertai Pengarah Pusat Persatuan Inovatif Profesor Madya Dr Choo Chung Siung dan Pengarah Sekolah Penyelidikan Profesor Basil Wong yang mencerminkan komitmen universiti terhadap perkongsian antarabangsa berimpak tinggi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.480381 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list