CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9842|Reply: 0

Tanah Rizab Melayu meningkat kepada seluas 4.95 juta hektar pada 2024 - Arthur Joseph Kurup

[Copy link]
Post time 30-1-2026 10:05 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Keseluruhan tanah rizab Melayu (TRM) di Semenanjung merekodkan peningkatan kepada 4.95 juta hektar membabitkan pertambahan 135,063 hektar, pada 2024.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, berkata keluasan TRM itu meningkat berbanding 4.82 juta hektar yang direkodkan pada 2020.

Bagaimanapun, katanya, keseluruhan keluasan itu tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka berikutan kedua-dua negeri berkenaan tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu (ERM).

Kelantan mencatatkan keluasan TRM paling tinggi iaitu 1.36 juta hektar, diikuti Perak (953,212.43 hektar); Kedah (809,142.22 hektar) dan Johor (561,802.6 hektar).

"Keluasan TRM di Pahang pula 444,074.9 hektar, diikuti Negeri Sembilan (224,483.22 hektar); Selangor (164,743.96 hektar); Perlis (33,554.48 hektar) dan Kuala Lumpur (1,004 hektar).

"TRM di Terengganu pula seluas 2,378.89 hektar, manakala tanah pegangan Melayu di negeri sama 401,129 hektar," katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) mengenai pecahan keluasan terkini tanah rizab Melayu mengikut negeri.

Arthur berkata, pengurusan dan perlindungan TRM tertakluk kepada beberapa kerangka undang-undang utama, antaranya Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan perlindungan khas serta keperluan penggantian tanah setara jika berlaku pembatalan pengisytiharan.

Selain itu, katanya, ERM di negeri berkenaan, termasuk peruntukan berkaitan pengisytiharan, pembatalan, sekatan pemilikan serta larangan pegangan kepentingan oleh bukan Melayu.

"Kanun Tanah Negara 1965 yang mengawal selia pentadbiran tanah secara am termasuk pendaftaran hak milik dan kepentingan.

"ertimbangan dan kelulusan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara, terutama berkaitan penyelarasan dasar tanah dan pengumpulan data TRM di peringkat Persekutuan," katanya.

Sumber : KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.091325 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list