CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11229|Reply: 0

[Sabah] Dua wanita ditahan beri maklumat palsu permohonan kad pengenalan di Tawau

[Copy link]
Post time 30-1-2026 10:17 AM | Show all posts |Read mode


TAHAN: Salah seorang suspek yang ditahan selepas memberikan maklumat palsu kepada JPN.

TAWAU: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah menahan dua wanita dalam dua kes berasingan di daerah ini atas kesalahan memberi maklumat palsu berkaitan permohonan dokumen pengenalan diri.

JPN Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan tangkapan pertama membabitkan seorang wanita tempatan kira-kira jam 12 tengah hari di pejabat JPN Tawau ketika hadir berurusan di kaunter.

“Siasatan awal mendapati suspek memberi maklumat tidak benar sebagai pemohon bagi urusan daftar lewat kad pengenalan.

“Hasil semakan pegawai penguat kuasa mendapati beberapa butiran dikemukakan tidak selari dengan rekod rasmi, sekali gus menimbulkan keraguan sebelum wanita itu ditahan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Dalam kes berasingan katanya, seorang wanita warga emas diberkas kira-kira jam 2 petang di lokasi sama.

“Wanita itu dipercayai memberi maklumat palsu sebagai penganjur dengan mengaku ibu kepada pemohon semasa urusan permohonan kad pengenalan di JPN Kinabatangan.

“Tindakan berkenaan dikesan selepas pemeriksaan dokumen sokongan dan keterangan yang diberikan tidak sepadan dengan rekod jabatan,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke pejabat JPN Tawau untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(b), Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 (Pindaan 2007).

“Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

“JPN Sabah memandang serius sebarang cubaan memalsukan maklumat atau menyalah guna dokumen pengenalan diri,” katanya.

Tambahnya, langkah penguatkuasaan dijalankan secara berterusan bagi memastikan setiap permohonan mematuhi undang-undang serta prosedur ditetapkan.

“Pendekatan ini penting bagi melindungi integriti sistem pendaftaran negara dan mengelakkan penyalahgunaan identiti.

“Jabatan juga meningkatkan pemantauan di semua pejabat daerah termasuk operasi berkala dan semakan silang maklumat.

“Orang ramai diingatkan supaya memberi maklumat tepat dan sahih ketika berurusan dengan JPN,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sebarang tindakan mengemukakan butiran palsu boleh membawa implikasi undang-undang serius.

“JPN Sabah pada masa sama menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menipu atau mengemukakan dokumen tidak sah.

“Usaha penguatkuasaan konsisten digerakkan demi menjaga keselamatan serta kedaulatan sistem pengenalan diri negara.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kesalahan seumpama itu digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.046027 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list