CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 13358|Reply: 0

[Sabah] Skandal rasuah gugat kepercayaan rakyat

[Copy link]
Post time 30-1-2026 10:19 AM | Show all posts |Read mode


LEE

KOTA KINABALU: Pendedahan terhadap beberapa skandal rasuah yang melibatkan individu serta institusi awam kebelakangan ini telah menggugat keyakinan rakyat terhadap integriti dan kebertanggungjawaban mereka yang diamanahkan untuk berkhidmat kepada negara.

Ahli Institut Integriti Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, rasuah dalam apa jua bentuk bukan sahaja mencabuli prinsip keadilan dan tadbir urus yang baik, malah meruntuhkan asas kepercayaan awam yang amat penting bagi kelangsungan demokrasi, kemajuan ekonomi dan keharmonian sosial.

"Skandal-skandal ini bukan sahaja mencemarkan nama individu yang terlibat, tetapi turut menjejaskan imej dan kredibiliti institusi awam secara keseluruhan.

"Bagi rakyat, keadaan ini menimbulkan kekecewaan, rasa tidak puas hati serta persepsi bahawa sistem sedia ada gagal melindungi kepentingan rakyat dan sebaliknya memihak kepada golongan berkuasa," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memahami kekecewaan rakyat yang mengharapkan ketelusan, kejujuran dan tingkah laku beretika daripada para pemimpin dan penjawat awam.
Katanya, kepercayaan yang telah terhakis bukan mudah untuk dipulihkan, namun ia bukan sesuatu yang mustahil.

"Keyakinan rakyat perlu dibina semula melalui tindakan yang jelas, tegas dan konsisten, bukan sekadar retorik.

"Bagi menangani isu rasuah secara berkesan dan mengembalikan kepercayaan awam, pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu perlu dilaksanakan," katanya
Lee berkata antaranya, memperkukuh kerangka perundangan dan institusi.

Katanya, melaksanakan amalan keterbukaan data dalam kontrak kerajaan, perbelanjaan dan pengurusan kewangan awam supaya rakyat dapat menilai penggunaan wang negara.

"Perkhidmatan awam mesti dipandu oleh kod etika yang kukuh, disokong oleh latihan berterusan dan penguatkuasaan yang berkesan.

"Menyediakan perlindungan undang-undang yang kukuh kepada pemberi maklumat agar mereka berani melaporkan salah laku tanpa rasa takut akan tindakan balas.

"Setiap dakwaan rasuah mesti disiasat secara telus, cepat dan adil, dan apabila kesalahan dibuktikan, tindakan tegas perlu diambil tanpa mengira kedudukan atau pengaruh individu terlibat," katanya.

Menurutnya, pemulihan kepercayaan awam menuntut keikhlasan, konsistensi dan keberanian politik.

Katanya, kerajaan dan institusi berkaitan mesti telus dalam menangani kes rasuah serta berkomunikasi secara terbuka dengan rakyat.

"Marilah kita memperbaharui azam untuk menegakkan kedaulatan undang-undang, memartabatkan kepimpinan beretika dan melindungi kepentingan rakyat.

"Hanya dengan itu kita dapat memastikan jawatan awam kekal sebagai amanah untuk berkhidmat, bukan peluang untuk disalahgunakan, serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi negara," katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 01:37 PM GMT+8 , Processed in 1.387528 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list