CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20141|Reply: 0

[Borneo] Premier Sarawak terima anugerah Forward Faster Sustainability Visionary Award

[Copy link]
Post time 30-1-2026 10:23 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari menerima anugerah Forward Faster Sustainability Visionary sempena UNGCMYB Members Celebration Night 2026, di Kuala Lumpur, malam tadi.- Gambar UKAS

KUCHING: Kepimpinan strategik Sarawak dalam memperkukuh agenda pembangunan mampan menerima pengiktirafan antarabangsa apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dianugerahkan Forward Faster Sustainability Visionary Award sempena UNGCMYB Members Celebration Night 2026, di Kuala Lumpur pada Khamis.

Anugerah berprestij itu disampaikan oleh UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan berwawasan Premier Sarawak dalam memacu pembangunan lestari secara menyeluruh dan berimpak tinggi di peringkat negeri.

Dalam majlis sama, Kementerian Tenaga dan Kelestarian Sarawak (MEESty) turut menerima Forward Faster Sustainability Nexus Award atas peranan pentingnya menyediakan kerangka dasar serta sokongan institusi yang memperkukuh pelaksanaan inisiatif kelestarian, khususnya melibatkan sektor swasta.

UNGCMYB dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua pengiktirafan berkenaan mencerminkan kepentingan kepimpinan di peringkat tertinggi serta peranan institusi pemudah cara dalam mempercepatkan pencapaian hasil kelestarian yang nyata dan terukur di lapangan.

Menurut UNGCMYB, penganugerahan tersebut turut menzahirkan pendekatan Sarawak yang beralih daripada sekadar komitmen dasar kepada pelaksanaan tindakan mampan yang konsisten, terselaras dan berkesan merangkumi aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Sementara itu, Pengarah Eksekutif UNGCMYB, Faroze Nadar berkata, anugerah berkenaan mencerminkan perubahan ketara landskap kelestarian apabila organisasi dan kepimpinan kini dinilai berdasarkan keberkesanan pelaksanaan serta impak sebenar, bukan sekadar komitmen atau aspirasi.

“Pendekatan Forward Faster menuntut tindakan pantas, kolaboratif dan berintegriti bagi memastikan agenda kelestarian dapat diterjemahkan kepada hasil yang memberi manfaat kepada masyarakat, ekonomi dan alam sekitar,” katanya.

Majlis berprestij itu menghimpunkan pemimpin perniagaan, pembuat dasar serta tokoh kelestarian dari seluruh Malaysia dan Brunei, sekali gus mengiktiraf organisasi serta individu yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam tadbir urus, sosial, alam sekitar dan pembangunan rantaian nilai mampan.

Selain anugerah khas kepada Premier Sarawak dan MEESty, Forward Faster Sustainability Awards 2026 turut disampaikan kepada pelbagai organisasi korporat dan individu lain atas sumbangan signifikan mereka dalam memperkukuh amalan kelestarian merentas sektor.

UNGCMYB merupakan rangkaian rasmi United Nations Global Compact (UNGC) bagi Malaysia dan Brunei, berperanan menerajui advokasi kelestarian perniagaan serta menyokong syarikat dalam menyelaraskan operasi mereka dengan Sepuluh Prinsip UNGC dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 1.043585 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list