KUALA LUMPUR - Peguam 'kotak pensel' hadir ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, bagi mewakili Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Datuk Mohamed Fauzi Kamis yang didakwa atas satu pertuduhan pecah amanah wang RM5 juta milik Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), tiga tahun lalu.
Peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar merayu anak guamnya, Mohamed Fauzi diberi ikat jamin pada kadar minimum dengan alasan perlu menyara isteri dan tiga anak.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa ketika menjawat Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Pelaburan TKAT, telah diamanahkan penguasaan ke atas wang berjumlah RM5 juta milik tabung kebajikan itu di akaun sebuah bank.
Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut dengan menyalah gunakannya iaitu membuat pelaburan tambahan dalam sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.
Kesalahan didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kementah, di sini, pada 27 November 2023.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, Mohamed Fauzi menyempurnakan upacara pelepasan pasukan Operasi Bantuan Kemanusiaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar susulan gempa bumi yang berlaku pada 28 Mac tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Nurul Izzati Sapifee.
Peguam 'kotak pensel', Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar (kiri) hadir ke mahkamah bagi mewakili Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Datuk Mohamed Fauzi Kamis (kanan) yang didakwa atas satu pertuduhan pecah amanah wang RM5 juta milik Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), tiga tahun lalu.
Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, yang dikenali sebagai 'peguam kotak pensel',
tular kerana membela seorang ibu miskin yang mencuri kotak pensel demi anaknya, bukannya terlibat dalam skandal jenayah. Beliau juga dikenali sebagai peguam pro bono yang kini mewakili kes 'Abang Bas' dan baru-baru ini dilaporkan stabil selepas mengalami serangan jantung.
Maklumat Utama:
Kisah "Kotak Pensel": Beliau membantu seorang wanita mencuri kotak pensel bernilai RM30 di Sentul dengan merayu kepada pemilik pasar raya dan membuktikan anak wanita itu pelajar pintar, akhirnya membantu wanita itu dibebaskan dengan syarat berkelakuan baik.
Impak: Kisah ini menjadi kenangan berharga sepanjang 30 tahun kerjayanya, di mana beliau dan kakitangan mahkamah mengumpul wang untuk wanita tersebut.
Perkembangan Terkini:
Beliau kini aktif sebagai peguam dan pempengaruh media sosial.
Beliau mewakili kes "Abang Bas" dan mengumumkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan tohmahan.
Datuk Ahmad Zaharil dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke ICU akibat serangan jantung pada September 2025.
PEGUAM KOTAK PENSIL GUNA DATUK TAK SAH KE?
Nama peguam kotak pensil makin naik semenjak dua menjak ni. Bermula dengan kes abang bas, kemudian, kes mayat bayi dibekukan. Cuma, apabila aku mendengar keterangan dia, tiba-tiba #MindaSkeptikal aku bagi tahu, dia ni ada sesuatu yang tak kenalah.
Jadi, aku pun memulakan semakan tahap pertama iaitu pengesahan nama penuh atau nama sebenarnya peguam yang dipanggil TokMat atau Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan gelaran detuknya dari mana.
Di dada-dada akhbar semua memanggilnya dengan panggilan Datuk. Macam biasa, semakan aku buat di laman rasmi kerajaan Istiadat untuk memastikan keabsahan datuk yang dia guna pakai.
Malangnya, setelah pelbagai cara pencarian dibuat, semuanya tidak menemukan nama peguam tersebut. Mungkin korang boleh cuba. Kalau jumpa, tunjukkan kepada aku.
Persoalan aku, adakah itu nama sebenarnya, atau dia ada nama lain?
Atau dia memang pakai datuk yang tidak diiktiraf oleh Malaysia?
Entahlah..
Aku? Bendera merah (redflag) dulu, melainkan dibuktikan sebaliknya. Untuk pengetahuan korang, penggunaan gelaran datuk palsu adalah kesalahan jenayah tau.
Korang macam mana? Ok ke tak “orang baik” guna gelaran datuk palsu?
someone iols kenal pakai gelaran datuk, claim dpt dari melaka... iols syak dari Naning sebab check kat Istiadat takde. La ni dah upgrade sikit lagi ada DR. Jadi nama heols... Datuk Dr. Sipolan bin Sipolan. Lepas tu kawan iols kata gelaran tu legit... hai la komer la... malas nak argue.
Post time 30-1-2026 04:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
plywood replied at 30-1-2026 11:17 AM
ALIFF AHMAD II
PEGUAM KOTAK PENSIL GUNA DATUK TAK SAH KE?
Setuju. Mana boleh guna gelaran palsu tak kira org baik ke org jahat.
Bila seseorg menggunakan gelaran palsu, kat situ dah masuk kategori jahat, kenapa nk guna datuk palsu kecuali ada niat tertentu, ada nk capai sesuatu dgn cara menipu. Ni pun 1 bentuk scam. Use yr original nama lah, kalau buat kerja elok dan efisyen, tarak datuk pun org akn cari. Tapi kalau ada title ori (walaupun beli drp mana2) lantak lah, tu pun bkn boleh caya, byk duit boleh beli maaa
dah memang dia kerja lawyer, ada orang nak ambik bayar service dia.. apa salahnya. Kalau dah memang salah, akan kena jugak. DSN pakai peguam tersohor pun sangkut.
Sebelum ini, Mohamed Fauzi menyempurnakan upacara pelepasan pasukan Operasi Bantuan Kemanusiaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar susulan gempa bumi yang berlaku pada 28 Mac tahun lalu.
sebelum ini tu sebelum pergi court ka? baru tau ATM ada hantar team bantuan ke Myanmar. Tahniah!