CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29226|Reply: 6

[Tempatan] Pisau buatan Malaysia 'mendunia' hingga ke Eropah

[Copy link]
Post time 30-1-2026 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Bermula sekadar hobi mengumpul senjata tradisional, minat mendalam terhadap seni pertukangan mendorong seorang lelaki mengorak langkah berani dengan menjadi pengusaha pisau moden.

Hassan Saini Muhammad, 45, berkata minatnya terhadap barangan tajam bermula sejak kecil.

Menurutnya, dia pasti akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu koleksi untuk dijadikan simpanan peribadi setiap kali mengunjungi pameran senjata atau kraf Melayu.

Menurut Hassan, fasa beralih daripada sekadar pengumpul kepada pembuat senjata bermula apabila dia cuba menghasilkan sendiri pisau dan parang.


"Saya mendalami ilmu pandai besi secara serius. Saya berguru dengan tiga pakar di Pantai Remis, Kampung Gajah dan Batu Kurau, Perak, bagi memantapkan kemahirannya.


"Untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang, seseorang mesti mempunyai minat yang tinggi dan kesediaan untuk terus belajar. Bagi saya, pembuatan senjata bukan sekadar hobi, malah ia berkait rapat dengan jati diri bangsa kerana senjata di pinggang adalah pelengkap busana Melayu dahulu kala," katanya ketika ditemui sempena Hari Terbuka Putrajaya 2026.

Mengimbas semula perjalanan kerjayanya, bekas kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ini mula serius menceburi bidang pembuatan pisau moden sejak 2013. Selepas 13 tahun berkecimpung, bapa kepada tiga cahaya mata ini kini mampu berbangga memiliki bengkel sendiri dengan kekuatan lapan tenaga kerja.

Hassan menjelaskan, beliau pada mulanya menjalankan perusahaan itu secara sambilan sebelum nekad berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa terhadap perniagaan ini kira-kira empat tahun lalu.

"Dari segi pembuatan, saya beralih daripada kaedah tradisional kepada teknik moden bagi menjimatkan masa dan kos. Saya menggunakan besi import dari Jepun yang lebih nipis dan lasak, sekali gus tidak memerlukan proses ketukan yang lama seperti besi spring.

"Bukan besi spring tidak berkualiti, namun teknologi moden jauh lebih pantas. Prosesnya kini lebih ringkas iaitu melukis bentuk, memotong, mengasah dan memasang ulu menggunakan kayu tempatan yang tahan lasak," jelasnya.

Sehingga kini, dia sudah menghasilkan lebih 37 model pisau untuk pelbagai kegunaan merangkumi aktiviti berkebun, kerja kayu, perkhemahan, pendakian, serta set penyembelihan dan melapah.

Katanya, permintaan tertinggi diterima daripada golongan muda yang aktif dalam aktiviti kelangsungan hidup (survival).

"Golongan ini lebih cenderung memilih rekaan moden kerana kepelbagaian bentuk serta penggunaan sarung yang kalis air dan lebih praktikal berbanding sarung kayu," katanya..

Produk keluarannya kini bukan sahaja mendapat tempat di hati peminat tempatan, malah telah menembusi pasaran antarabangsa termasuk Poland, England, Brazil dan Itali. Kebanyakannya dibeli oleh pelancong asing yang berkunjung ke pusat pameran dan jualan beliau di Bukit Gantang, Perak.

"Harga pisau yang dipasarkan bermula dari RM80 hingga RM500, bergantung kepada jenis bahan, kerumitan rekaan dan kemasan pada bahagian ulu," katanya.

Menariknya, minat Hassan kini mula diwarisi oleh anak keduanya, Nashiroll, yang turut menjadi inspirasi kepada penjenamaan produknya.

Bagi Hassan, setiap bilah pisau yang dihasilkan bukan sekadar perniagaan semata-mata, tetapi merupakan usaha murni dalam mengangkat warisan seni besi untuk disesuaikan dengan keperluan gaya hidup masa kini.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2026 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Congratulations...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 06:41 PM | Show all posts
malah telah menembusi pasaran antarabangsa termasuk Poland, England, Brazil dan Itali. Kebanyakannya dibeli oleh pelancong asing yang berkunjung ke pusat pameran dan jualan beliau di Bukit Gantang, Perak

tengok stail sembang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau camtu pondan jual dubur depan wisma indah pudu pon boleh dikategorikan sebagai pemain pasaran global kerana rata2 pelanggan dari bangla, paki, myanmar dan indon
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh plk pos parang ke oversee, iols return pisau dapur kt seller kt ganu,  guna jnt hilang kena sakau courier depa tengah jln, bila mintak claim kena reject, alasan xmo bayar  sbb kirim barang  
senjata merbahaya.....mmg kena carut staff jnt
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata ariefyong we colonize the food.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2026 12:38 AM | Show all posts

kan? mulanya ingat wow hebatnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku4545kuku
Views : 505 Replies : 0
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 3939 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.043832 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list