CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 28504|Reply: 3

Tokyo keluar nasihat baharu influenza selepas lebih 6,000 kes dikesan

[Copy link]
Post time 30-1-2026 11:35 AM | Show all posts |Read mode





TOKYO: Kerajaan Metropolitan Tokyo mengeluarkan nasihat baharu influenza selepas laporan menunjukkan lebih 6,000 kes disyaki dikesan di sekolah dan fasiliti kebajikan sosial di seluruh wilayah berkenaan.

Langkah itu menyusul selepas dua nasihat awal yang dikeluarkan pada Oktober dan November lalu ditarik balik, menjadikannya kali pertama dalam 17 tahun nasihat baharu dikeluarkan selepas amaran ditamatkan dalam musim yang sama.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Tokyo, jumlah pesakit yang dilaporkan di institusi perubatan berdaftar bagi minggu 19 hingga 25 Januari mencecah 13.83 pesakit bagi setiap institusi, melepasi ambang 10 yang diperlukan untuk mengeluarkan nasihat kesihatan awam.

Sejak awal 2026, angka itu berada di bawah paras amaran, namun peningkatan mendadak dipercayai dipengaruhi oleh perjalanan semasa cuti hujung tahun, sambutan Tahun Baharu dan pembukaan semula sekolah selepas cuti musim sejuk.

Setakat 25 Januari, lebih 6,000 laporan kluster influenza direkodkan di sekolah serta fasiliti kebajikan. Susulan itu, kerajaan metropolitan menggesa penduduk meningkatkan langkah pencegahan termasuk kerap mencuci tangan, melakukan nyahkuman dan memakai pelitup muka, terutamanya di tempat awam dan kawasan tertutup.


Sumber: Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2026 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Risau la
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 01:41 PM | Show all posts
aduiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 02:36 PM | Show all posts
cucuk la jab influenza nokss... murah je , mampu milik


mahai lagi  makan kat rembayung tu haa.. dah la berkicap nak book table

pehtu leh claim dlm borang income tax...harrr

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.042051 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list