CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35569|Reply: 0

[Sabah] Ramalan awal banjir: Sandakan dan Kudat berisiko mulai 31 Januari hingga 2 Februari

[Copy link]
Post time 30-1-2026 03:28 PM | Show all posts |Read mode


RAMALAN: Ramalan kawasan berisiko banjir dikeluarkan PRABN.

KOTA KINABALU: Beberapa daerah di Sabah dijangka berdepan risiko banjir susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal banjir bagi tempoh tiga hari bermula 31 Januari hingga 2 Februari.

Notis pengumuman penting dan segera itu dikeluarkan pada jam 7 pagi hari ini bagi memaklumkan kemungkinan limpahan air di kawasan lembangan sungai, terutama di kawasan rendah.

PRABN memaklumkan risiko banjir tertumpu di Bahagian Sandakan dan Bahagian Kudat melibatkan beberapa daerah utama.

Di Bahagian Sandakan, kawasan terlibat meliputi daerah Kinabatangan membabitkan lembangan Sungai Kinabatangan, Sungai Labuk dan Sungai Suan Lamba.
Turut berisiko daerah Beluran melibatkan lembangan Sungai Kolapis dan Sungai Sapi.

Sementara itu, di Bahagian Kudat dijangka menerima kesan kenaikan paras air di beberapa lembangan sungai.

Antara sungai terlibat termasuk Sungai Sikuati, Sungai Temalang, Sungai Sri Aman, Sungai Sinsan, Sungai Indrasan, Sungai Rampai, Sungai Bangau, Sungai Pomotodon, Sungai Loro dan Sungai Tegaran.

Jurucakap agensi berkenaan memaklumkan hujan berterusan boleh menyebabkan peningkatan paras air sungai seterusnya mencetuskan limpahan ke kawasan penempatan berhampiran.

“Penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan supaya berwaspada serta memantau perkembangan cuaca dari semasa ke semasa.

“Orang ramai juga digalakkan mematuhi arahan pihak berkuasa dan agensi pengurusan bencana sekiranya diarahkan berpindah,” katanya.

Katanya, PRABN memaklumkan kejadian banjir berkemungkinan berlaku lebih awal atau lewat bergantung kepada intensiti hujan semasa.

“Sehubungan itu, langkah kesiapsiagaan awal penting bagi mengurangkan risiko kerugian harta benda dan keselamatan penduduk.

“Penduduk dinasihatkan menyemak maklumat terkini melalui portal rasmi info banjir kerajaan bagi mendapatkan kemas kini paras air dan amaran semasa,” katanya.

Pada masa sama katanya, pihak berkuasa tempatan serta agensi penyelamat dijangka meningkatkan pemantauan di lokasi panas banjir sepanjang tempoh amaran.

“Persiapan termasuk pemeriksaan pusat pemindahan sementara, aset logistik dan kekuatan anggota bagi memastikan tindak balas pantas sekiranya berlaku kecemasan.

“Langkah penyelarasan antara agensi turut dipergiat bagi memastikan operasi menyelamat dan bantuan dapat digerakkan tanpa kelewatan,” katanya.

Kenyataan itu juga menasihatka penduduk di kawasan terjejas menyediakan kit kecemasan serta menyimpan dokumen penting di tempat selamat.

“Ibu bapa juga disaran memantau pergerakan anak-anak, terutama ketika hujan lebat dan elakkan aktiviti berhampiran sungai.

“PRABN menegaskan maklumat ramalan awal ini bertujuan memberi masa kepada komuniti untuk membuat persediaan rapi.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi agensi berkaitan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.278216 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list