CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 36689|Reply: 5

[Jenayah] SUAMI ISTERI WARGA EMAS DIDAKWA MILIKI SENJATA API, PELURU DAN DADAH

[Copy link]
Post time 30-1-2026 03:29 PM | Show all posts |Read mode
KLUANG: Sepasang suami isteri warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa kebenaran sah serta dadah, minggu lepas.

Koh Yaw, 61, dan isterinya, Ong Kim Chu, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mujib Saroji.

Mereka secara bersama-sama didakwa memiliki sepucuk senjata api jenis revolver .38 SPL jenama Taurus Brasil dan 33 butir peluru tanpa kebenaran yang sah serta dadah jenis kanabis dengan anggaran berat kasar 84.54 gram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan 3/2, Taman Sri Kluang pada 12.30 tengah malam 22 Jan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan memiliki dadah, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara minimum lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ramizah Razli manakala pasangan suami isteri itu tidak diwakili peguam.

Hakim Mujib tidak membenarkan jaminan dan menetapkan sebutan semula pada 27 Feb untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.–AlHijrah Online



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2026 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kau punya ke pokcik?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 05:37 PM | Show all posts
mesti ni melayu menyamar jadi cina
sebab ada keluar nama dgn muka
kan patut melayu je terpampang nama dgn muka
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 06:01 PM | Show all posts
kenapa bukan hukuman mati?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi...X memasal sambut CNY dalam lockup
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 30-1-2026 05:37 PM
mesti ni melayu menyamar jadi cina
sebab ada keluar nama dgn muka
kan patut melayu je terpampang nam ...

Datuk nenek gangster.


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.857492 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list