CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36413|Reply: 0

[Sabah] Hajiji hargai mandat rakyat diberi pada PRU17 Sabah

[Copy link]
Post time 30-1-2026 03:30 PM | Show all posts |Read mode


TELITI: Hajiji meneliti buku Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ 2.0 selepas melancarkannya pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Kedudukan Sabah kini berada dalam keadaan lebih baik merupakan mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17 (PRU17 Sabah) lepas.

Oleh itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Sabah atas mandat yang diberikan bagi penggal kedua ini.

“Malah jauh lebih baik berbanding semasa Kerajaan GRS mengambilalih kuasa lima tahun lalu.

"Kita telah berjaya meletakkan Sabah pada landasan yang tepat; kita kukuhkan kestabilan dan mantapkan pentadbiran. Kita kukuhkan ekonomi dan pertingkatkan kesejahteraan rakyat.

“Sabah kini bersiapsiaga untuk terus mara ke hadapan dan bersedia untuk mengecapi kemajuan dan pembangunan yang berterusan.

“Dan keberadaan Sabah pada landasan yang tepat ini menuntut pihak Kerajaan untuk memperketatkan pemantauan, bagi memastikan keberkesanan pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Amanat kepada Pejawat Awam negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Hajiji percaya, dengan kerjasama padu antara kepimpinan negeri dengan anggota penjawat awam, kerajaan negeri pasti mampu dan berupaya mengekalkan momentum kejayaan seperti yang telah kita capai lima tahun yang lalu.

Beliau berkata, perkembangan politik negeri mutakhir ini telah memperkukuhkan kedudukan kerajaan negeri sehingga mencapai penguasaan dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri, sekali gus menjamin kestabilan politik yang amat penting bagi kesinambungan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat untuk tempoh jangka panjang.

"Kestabilan ini juga membuka ruang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan penggubalan serta meminda perlembagaan negeri selaras dengan keperluan semasa.

"Ini termasuklah cadangan menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada maksimum dua penggal atau 10 tahun, penambahan beberapa anggota kabinet negeri bagi menepati keperluan pentadbiran yang semakin kompleks, selain penjenamaan semula jawatan Pembantu Menteri kepada Timbalan Menteri agar lebih relevan dan selari dengan amalan pentadbiran semasa," katanya.

Hajiji berkata, kerajaan negeri pada hari ini akan memastikan jentera pentadbiran terus diperkukuh dan diperhebatkan agar lebih responsif, cekap dan berkesan.

“Untuk itu, penstrukturan semula beberapa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, termasuk GLC sedang kita lakukan sebagai langkah penambahbaikan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan, serta prestasi dalam setiap entiti kerajaan ini, benar-benar efisien dan berkesan, lebih penting, tidak merugikan rakyat dan kerajaan.

“Langkah ini selaras dengan aspirasi rakyat serta agenda pembangunan kerajaan di bawah kerangka Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0.
“Kerajaan negeri akan terus memperkukuh hubungan serta kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan secara berterusan dan konstruktif, demi memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah sentiasa terpelihara,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.279611 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list