CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 36826|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak contoh terbaik politik dan keharmonian kaum yang stabil

[Copy link]
Post time 30-1-2026 03:35 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak tampil sebagai contoh terbaik kestabilan politik dan keharmonian kaum yang wajar dicontohi, khususnya oleh Tanah Melayu yang masih terperangkap dengan politik perpecahan dan eksploitasi sentimen kaum serta agama, tegas Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak.

Pemuda PBB berkata gesaan Setiausaha Agung PBB, Dato Sri Alexander Nanta Linggi agar Tanah Melayu belajar daripada formula Sarawak bukan satu sindiran kosong, sebaliknya teguran berasaskan realiti dan rekod pencapaian sebenar.

Pergerakan itu berkata, Sarawak sejak sekian lama membuktikan bahawa kestabilan politik, keharmonian antara kaum dan agama serta fokus terhadap pembangunan rakyat merupakan asas kemajuan negeri.

“Berbeza dengan budaya politik kebencian yang terus merosakkan perpaduan nasional di beberapa bahagian negara.

“Di Sarawak, kestabilan bukan slogan politik, tetapi prinsip yang dipertahankan dan diamalkan. Inilah sebabnya Sarawak kekal aman, bersatu dan terus maju,” katanya.

Pemuda PBB menegaskan Sarawak menolak politik yang memecah-belahkan rakyat demi kuasa, sambil mengingatkan bahawa penyebaran naratif anti-Sarawak oleh pihak tertentu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah berbahaya kepada semangat Persekutuan Malaysia.

Menurut kenyataan itu, komitmen Sarawak terhadap Malaysia tidak pernah dipertikaikan, namun komitmen tersebut tidak bermakna negeri ini harus berdiam diri apabila hak, maruah dan kedudukannya dipersoal atau diputarbelit.

“Jangan salah tafsir pendirian Sarawak. Kami tidak merendahkan Tanah Melayu, tetapi Sarawak juga tidak akan tunduk kepada sikap angkuh, pandangan sempit dan retorik yang menafikan realiti federalisme,” tegasnya.

Pemuda PBB berkata, di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah melaksanakan dasar inklusif yang melindungi semua komuniti tanpa mengira kaum dan agama.

“Ini bukan retorik politik, tetapi rekod pencapaian yang jelas dan model ini wajar dicontohi, bukan diperkecilkan,” katanya.

Mengulas isu autonomi serta sumber minyak dan gas, Pemuda PBB menegaskan pendirian Sarawak kekal tidak berubah, iaitu hak negeri adalah sah di sisi Perlembagaan dan selaras dengan semangat pembentukan Malaysia.

“Menghormati hak Sarawak bukan pengkhianatan kepada negara, sebaliknya jalan untuk mengukuhkan Persekutuan,” katanya.

Menurutnya, seperti ditegaskan Premier Sarawak, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mesti wujud bersama dan bekerjasama, namun kerjasama itu tidak boleh berlaku secara berat sebelah.

Sarawak, katanya, mesti terlibat secara langsung dalam industri minyak dan gasnya sendiri bagi membangunkan bakat anak Sarawak, memperkukuh ekonomi negeri serta memacu industri hijau masa depan.

Pemuda PBB turut menolak keras label bahawa Sarawak bersikap tamak, sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak jujur dan menghina sumbangan besar Sarawak kepada ekonomi negara sejak sekian lama.

“Malaysia telah lama menikmati hasil Sarawak dan Sarawak tidak pernah menghalangnya. Apa yang dituntut hanyalah keadilan, perkongsian sebenar dan rasa hormat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Sarawak yang lebih kuat akan memperkukuh Malaysia, dan sudah tiba masanya seluruh rakyat Malaysia melihat perkara tersebut dari perspektif yang lebih adil dan matang.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.458273 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list