CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 37176|Reply: 3

[Jenayah] Duda curi beg penjual kuih OKU dipenjara 3 tahun, 3 sebat

[Copy link]
Post time 30-1-2026 03:40 PM | Show all posts |Read mode
BATU PAHAT: Pekerja penyelenggaraan pendingin hawa dipenjara tiga tahun dan tiga sebatan selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencuri beg milik lelaki kurang upaya (OKU).

Majistret Arun Noval Dass menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Muhammad Fakhruddin Haiqal, 24, selepas mengambil kira pengakuan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan selepas tertuduh mengaku salah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah.

Mahkamah memutuskan hukuman mengikut Seksyen 380 berkuat kuasa hari ini, manakala untuk kes dadah bermula tarikh ditangkap iaitu 23 Januari lalu serta tiga tahun pengawasan polis.Duda kepada dua anak itu didakwa dengan curang mencuri beg pinggang milik OKU penglihatan berusia 69 tahun di sebuah rumah Taman Soga di sini, pada 23 Januari lalu.


Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun serta denda jika sabit kesalahan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2026 05:57 PM | Show all posts
Duda, 2 anak, umur 24 tahun.

menagih dadah dan mencuri.

cukup bahan untuk satu kehidupan yang gagal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang ajor curi beg orang oku.
Senang je yek keje ko nak dptkan duit
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Loser....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.994748 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list