CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30928|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] 'Assalamualaikum' - Guardiola

[Copy link]
Post time 30-1-2026 09:53 PM | Show all posts |Read mode
'Assalamualaikum' - Guardiola



Januari 30, 2026 @ 3:44pm





Guardiola ketika aksi Manchester City menentang Galatasaray di Etihad Stadium. - REUTERS



BARCELONA: Legenda bola sepak, Pep Guardiola, sekali lagi menyuarakan sokongannya terhadap kanak-kanak Palestin di Gaza pada sebuah konsert di Barcelona, hari ini.

Pengurus Manchester City itu berucap di hadapan hadirin di arena sukan Palau Sant Jordi di bandar kelahirannya, Barcelona, sempena konsert amal 'Act X Palestine'.

Jurulatih itu, yang dikenali dengan pendirian lantangnya mengenai hak asasi manusia, naik ke pentas sebelum menyampaikan ucapan.

Mengenakan selendang tradisional hitam putih, Guardiola memulakan ucapannya dengan ucapan 'Selamat petang', sebelum menyampaikan salam 'Assalamualaikum'.

Guardiola menyatakan sokongan terhadap kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat peperangan dan merujuk kepada imej kanak-kanak di Gaza yang mendominasi media sosial sejak dua tahun lalu, menurut laporan Telegraph.

"Saya fikir apa yang terlintas di fikiran kita apabila melihat seorang kanak-kanak sejak dua tahun kebelakangan ini melalui imej-imej di media sosial, di televisyen, merakam dirinya sendiri sambil merayu, 'di mana ibu saya?' di celah runtuhan, sedangkan dia sendiri masih belum mengetahuinya," katanya dalam ucapannya.

Guardiola turut menyeru agar 'penindasan selama berdekad-dekad' ditamatkan serta mengecam sikap membisu pemimpin dunia, lapor media antarabangsa.

"Saya rasa kita telah membiarkan mereka bersendirian, ditinggalkan.

Saya selalu terfikir mereka pasti berkata, 'Di mana kamu? Datanglah bantu kami.'

Dan sehingga kini, termasuk sekarang, kita masih belum berbuat demikian," katanya.

Guardiola, 55, turut mengkritik kuasa-kuasa besar dunia dengan melabelkan pemimpin sebagai 'pengecut' kerana menghantar orang awam yang tidak bersalah ke kancah konflik sedangkan mereka sendiri selamat di rumah.

"Golongan berkuasa adalah pengecut kerana mereka menghantar orang tidak bersalah untuk membunuh orang tidak bersalah… sedangkan mereka berada di rumah dengan pemanas ketika sejuk dan pendingin hawa ketika panas," katanya. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/01/1503464/assalamualaikum-guardiola






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.365573 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list