CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 36852|Reply: 6

[Dunia] [VIDEO] Orang Kelantan jadi imam masjid di China

[Copy link]
Post time 31-1-2026 01:43 AM | Show all posts |Read mode





[VIDEO] Orang Kelantan jadi imam masjid di ChinaLelaki dari Kelantan yang bertugas sebagai imam di salah sebuah masjid di China.
PETALING JAYA – Seorang imam masjid di sebuah wilayah di China mencuri perhatian netizen selepas identitinya sebagai anak jati Kelantan terbongkar menerusi video tular di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi lebih satu minit yang dimuat naik seorang pelancong dari Kelantan, lelaki berkenaan dilihat sedang membaca al-Quran di dalam sebuah masjid sebelum ditegur dalam loghat negeri tersebut.

Lebih mengejutkan, apabila ditanya sama ada pernah makan budu, imam tersebut bukan sahaja tersenyum malah mengakui dirinya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan terus mempelawa pelancong berkenaan berkunjung ke rumahnya.

“Demo orang Kelantan ke?” soal pelancong itu.

“Ya, kawe orang Kelantan,” jawab imam berkenaan dengan fasih, sekali gus mencetuskan suasana ceria dan rasa tidak percaya pelancong tersebut.

Video berkenaan pantas meraih ribuan tontonan dan perkongsian orang ramai, dengan rata-ratanya kagum melihat anak Kelantan mampu menjadi imam masjid di negara China, sekali gus mencerminkan kehebatan umat Islam Malaysia di luar negara.

Ramai menyifatkan pertemuan itu sebagai bukti ukhuwah Islamiah merentas sempadan, selain bangga dengan identiti rakyat Kelantan yang masih mengekalkan loghat dan budaya walaupun menetap jauh di perantauan.

“Bukan setakat boleh cari budu, jadi imam kat China pun boleh. Bangga jadi orang Kelate,” jelas Mat Wan Pitt.
“Loghat Kelantan tak boleh sorok, dengar terus tahu kampung mana,” ujar Wani Syazwani. – KOSMO! ONLINE.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2026 05:56 PM | Show all posts
biasa ja, sama macam ko jadi imam di negara yang minoriti muslim macam Papua New Guinea atau Cape Verde apa yang pelik.

Lain kalau jadi imam di Arab Saudi or at least di Morocco ka boleh la nak kagum.

Bukan jeles dgn budu tapi itu lojika.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 06:52 PM | Show all posts
Dia ni ke masa dulu
yg kene tgkap masuk lokap
sbb tiada Visa masuk kelanteh
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2026 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana mamat tu boleh stay kat china sinun? Keje kat sana atau kawin dgn orang sana?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2026 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang nak duduk sana buka kedai jual menu malaysia satay karipap pisang goreng kopok lekor pasembur mee bandung lontong ayam percik
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2026 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 1-2-2026 10:18 AM
Macam mana mamat tu boleh stay kat china sinun? Keje kat sana atau kawin dgn orang sana?

mohon berbini,mohon kewarganegaraan sana,beranak pinak...pastu mohon 'sama rata'...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2026 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 1-2-2026 06:26 PM
mohon berbini,mohon kewarganegaraan sana,beranak pinak...pastu mohon 'sama rata'...

Kira aci la tu. Ada jugak orang kita pi dok menetap kat sana. Ni tak asyik orang depa ja dok mai sini pastu tak keluar2 balik sana dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.204636 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list