CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25615|Reply: 0

[Sabah] KGKS sambut baik pengambilan 20,000 guru baharu secara lantikan kontrak

[Copy link]
Post time 31-1-2026 11:22 AM | Show all posts |Read mode


MURKAM HUSSIEN

KOTA KINABALU: Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) yakin pengambilan 20,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara lantikan kontrak atau Contract of Service (CoS) dapat membantu memenuhi keperluan tenaga pengajar susulan pertambahan murid yang bakal memasuki tahun satu bermula tahun depan.

Presiden KGKS, Murkam Hussien berkata, kesatuan itu menyambut baik langkah drastik Kementerian Pendidikan (KPM) itu yang menurutnya mencerminkan kesungguhan kerajaan Madani untuk memperkasakan agenda pendidikan negara.

"KGKS jangka susulan keputusan kerajaan memberi ruang kemasukan kanak-kanak enam tahun ke tahun satu secara sukarela tahun hadapan, jumlah murid akan bertambah (kanak-kanak enam tahun dan tujuh tahun).

"Bagi menampung pertambahan murid, jumlah guru juga wajar ditambah...sebab itu, KGKS menyokong penuh usaha murni KPM tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad memaklumkan bahawa permohonan pengambilan 20,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara lantikan kontrak atau Contract of Service (CoS) akan dibuka dari 2 hingga 20 Mac ini bagi memenuhi keperluan guru seluruh negara.

Dr Mohd Azam dipetik sebagai berkata bahawa hebahan rasmi pengambilan akan dibuat pada 23 Februari manakala proses saringan dan temu duga dijadualkan dari 27 April hingga 14 Mei dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Beliau berkata inisiatif pengambilan guru besar-besaran itu sebahagian persiapan awal Kementerian Pendidikan (KPM) bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 selain menyokong kemasukan kanak-kanak enam tahun ke tahun satu secara sukarela tahun hadapan.

Murkam berharap rakyat tempatan Sabah yang layak dapat memanfaatkan peluang tersebut, sekali gus membantu menjayakan agenda pendidikan negara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.055184 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list