CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25965|Reply: 1

[Kedah] Beg galas berisi RM10,000 dalam Avanza dikebas, peniaga wanita berputih mata

[Copy link]
Post time 31-1-2026 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Beg galas berisi RM10,000 dalam Avanza dikebas, peniaga wanita berputih mata

Zuliaty Zulkiffli - Januari 31, 2026 @ 8:50am




Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki melarikan sebuah beg dipercayai dari Toyota Avanza di hadapan sebuah pasar raya. - Foto Polis



BALING: Wanita kerugian RM10,000 selepas beg galas mengandungi wang tunai yang disimpan dalam kenderaannya di tepi pasar raya di Kupang, di sini, hilang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan wang tunai daripada wanita itu pada 11.40 pagi.

Pengadu mendakwa meletakkan Toyota Avanza serta beg galas mengandungi wang berkenaan jam 8.30 pagi di lokasi kejadian untuk membeli barang keperluan di sebuah pasar raya.

"Selepas selesai membeli barang, pengadu terus balik ke rumah dan menyedari beg galas itu hilang dan tiada dalam kenderaannya.

"Berikutan itu, pengadu kehilangan wang tunai RM10,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Brandon berkata pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati seorang lelaki yang dipercayai warga tempatan berusia antara 20-an hingga 30-an membuka pintu hadapan bahagian penumpang kenderaan itu dan melarikan beg galas berkenaan.

"Wang tunai yang hilang adalah hasil perniagaan pengadu yang mahu disimpan dalam bank.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri, " katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/01/1503685/beg-galas-berisi-rm10000-dalam-avanza-dikebas-peniaga-wanita-berputih





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2026 11:29 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.041387 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list