CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26300|Reply: 0

[Sabah] Sabah catat 3.79 juta pelancong, jana RM8.74 bilion tahun lalu

[Copy link]
Post time 31-1-2026 11:33 AM | Show all posts |Read mode


ANUGERAH: Jafry ketika hadir merasmikan Majlis Anugerah Pelancongan Sabah 2026, di sini.

KOTA KINABALU: Industri pelancongan Sabah mencatat pencapaian memberangsangkan pada 2025 apabila menerima 3,793,709 pelawat dengan hasil pelancongan mencecah RM8.74 bilion.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, pencapaian itu bukan sahaja melepasi sasaran 3.5 juta pelawat tahun lalu, malah meletakkan negeri ini di landasan kukuh untuk mencapai sasaran empat juta pelawat pada 2026.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri terus menekankan kepentingan pelancongan berkualiti selain peningkatan jumlah pelawat.

“Walaupun jumlah pelawat penting, fokus utama kita ialah memastikan pengalaman terbaik kepada pelancong melalui layanan mesra serta pengalaman autentik yang menonjolkan keunikan Sabah.

“Pendekatan pelancongan berkualiti ini penting bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 serta persediaan ke arah Tahun Melawat Sabah 2027,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pelancongan Sabah 2026, di sini, semalam.

Majlis anjuran Lembaga Pelancongan Sabah itu memberi pengiktirafan kepada individu serta organisasi yang menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan negeri.

Jafry berkata, kementeriannya melalui Lembaga Pelancongan Sabah akan terus bekerjasama dengan pemain industri bagi menambah baik produk pelancongan, meningkatkan rangkaian penerbangan serta memperkukuh perkhidmatan pelawat.

Tahun lalu, pelawat domestik merekodkan 2,295,000 ketibaan, dipacu peningkatan perjalanan sempena Aidilfitri, pilihan raya negeri serta cuti persekolahan, bersamaan 84 peratus daripada tahap sebelum pandemik.

Ketibaan pelancong antarabangsa pula mencatat 1,498,709 orang, iaitu dua peratus melebihi paras sebelum pandemik walaupun kapasiti penerbangan antarabangsa masih belum pulih sepenuhnya.

Antara pasaran utama yang menunjukkan peningkatan ialah China dengan 657,528 pelawat, diikuti Singapura (38,638), United Kingdom dan Ireland (34,704), Taiwan (34,342), Australia (22,571) dan Jepun (16,980).

Sehingga Januari 2026, Sabah mempunyai sambungan penerbangan ke 15 destinasi antarabangsa dengan 157 penerbangan mingguan melibatkan 28,966 tempat duduk, selain rangkaian domestik ke 13 destinasi utama di seluruh negara.

Sektor pelancongan kapal persiaran turut mencatat peningkatan apabila 23 kapal membawa 24,634 penumpang singgah di Sabah, dengan 19 kapal berlabuh di Pelabuhan Kota Kinabalu dan empat lagi di Pelabuhan Sandakan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.507361 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list