CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 30172|Reply: 0

[Sarawak] SUPP Stakan sokong kenyataan Nanta, ‘Sarawak Formula’ Model Perpaduan Negara.

[Copy link]
Post time 31-1-2026 11:39 AM | Show all posts |Read mode


SIM

KUCHINGarti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan menyatakan sokongan penuh dan solidariti terhadap kenyataan yang disuarakan oleh Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Alexander Nanta Linggi, dalam temu bual beliau di rancangan The Breakfast Grille di BFM baru-baru ini.

Menurut Pengerusi SUPP Stakan Dato Sim Kiang Chiok, kenyataan Nanta berkenaan bersifat jujur dan penuh keprihatinan itu mencerminkan kekecewaan rakyat Sarawak terhadap suasana politik di Semenanjung Malaysia yang masih dibelenggu pertelingkahan politik, ketegangan kaum serta sikap tidak bertoleransi dalam isu agama.

“Pandangan beliau bahawa Laut China Selatan seolah-olah menjadi simbol perbezaan haluan antara Sarawak dan Semenanjung merupakan satu isyarat jelas kepada kepimpinan Persekutuan bahawa pendekatan baharu perlu diambil dalam membina negara yang benar-benar bersatu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sim turut menegaskan selama ini wacana nasional sering dipengaruhi oleh retorik perpecahan, sedangkan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terus menumpukan kepada kestabilan politik, keterangkuman sosial dan kemajuan ekonomi.

Justeru itu beliau menberitahu bahawa SUPP Stakan mengulangi sokongan terhadap seruan Dato Sri Nanta agar Semenanjung mencontohi 'Formula Sarawak' sebagai model tadbir urus negara.

“Kejayaan Sarawak dibina atas keikhlasan dan dasar yang nyata, termasuk penubuhan UNIFOR bagi menjaga kebajikan semua agama serta pengiktirafan semua etnik sebagai rakan kongsi yang setara dalam pembangunan negeri,” jelasnya lagi.

Menyentuh soal pembangunan, beliau menegaskan bahawa Sarawak tidak membazirkan tenaga untuk pertelingkahan kecil, sebaliknya memberi fokus kepada pembangunan dan masa depan generasi akan datang.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap pendirian tegas Nanta dalam memperjuangkan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya berkaitan sumber minyak dan gas melalui PETROS.

“Autonomi bukan bermaksud melemahkan Persekutuan, tetapi memastikan kekayaan Sarawak digunakan untuk manfaat rakyat Sarawak. Apa yang menjadi hak kita sejak penubuhan Malaysia mesti terus dipelihara,” katanya menambah.

Beliau menggesa Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS agar mengutamakan rundingan secara ikhlas berbanding pertikaian undang-undang, kerana konflik berpanjangan hanya akan membangkitkan sentimen rakyat.

Walaupun kekal komited kepada Persekutuan Malaysia yang dibina oleh tokoh-tokoh terdahulu termasuk mendiang Tun Jugah, datuk kepada Nanta, Sim menegaskan bahawa Malaysia mesti menjadi sebuah persekutuan yang menghormati rakan-rakannya.

“Kesetiaan rakyat Sarawak kepada negara tidak harus diambil mudah.

"Kami sentiasa berdiri bersama negara ketika diperlukan, namun hak dan maruah Sarawak mesti dihormati,” tegasnya lagi.

Beliau juga dipetik menyeru agar semua pemain politik di Semenanjung agar menghentikan budaya politik sempit dan melihat Sarawak sebagai contoh bagaimana sebuah negara majmuk boleh ditadbir dengan harmoni, saling menghormati dan berteraskan tadbir urus progresif.

“Jika Malaysia mahu terus maju sebagai sebuah negara, maka semangat Sarawak yang berteraskan keharmonian, saling menghormati dan pentadbiran progresif mesti dijadikan asas kepada masa depan negara,” kata Sim.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.160308 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list