CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 30405|Reply: 0

[Sarawak] Kes kerugian jemaah umrah: Pejabat agensi pelancongan di Kuching disiasat

[Copy link]
Post time 31-1-2026 11:41 AM | Show all posts |Read mode


Chiew dalam pertemuan dengan Penguat Kuasa MOTAC selepas pemeriksaan pejabat agensi pelancongan di Kuching hari ini.

MIRI: Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Sarawak telah melakukan tindakan penguatkuasaan ke atas sebuah pejabat cawangan syarikat agensi pelancongan di Kuching berkaitan kes kerugian jemaah umrah berjumlah RM78,300.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Chiew Choon Man dalam kenyataannya hari ini memberitahu, arahan tersebut dikeluarkan setelah merujuk laporan akhbar The Borneo Post tentang kes tersebut yang tular di media sosial pada 28 Januari.

Ini berikutan laporan polis daripada mangsa di Miri yang turut memfailkan tuntutan kerugian berjumlah lebih RM78,300 yang melibatkan sekumpulan jemaah lain dari sebuah agensi  pelancongan yang gagal menjelaskan bayaran penuh penginapan dan tiket penerbangan balik.

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Sarawak untuk segera mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang yang berlaku,” jelas Chiew.

Ahli Parlimen Miri itu memberitahu, pegawai penguat kuasa seterusnya menjalankan pemeriksaan dan penggeledahan ke atas sebuah pejabat cawangan yang beralamat di Kuching hari ini.

Menurut Chiew, hasil pemeriksaan menemui beberapa barang bukti dan disita untuk dijadikan barang kes dalam siasatan.

Siasatan awal mendapati syarikat tersebut gagal menunaikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada klien sehingga memaksa mereka menanggung sendiri kos penginapan serta tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

Kes ini akan disiasat di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] serta peraturan-peraturan di bawahnya.

Jika sabit kesalahan, tindakan tegas dan hukuman berat akan dikenakan sebagai pengajaran kepada pihak industri agar sentiasa menitikberatkan kebajikan jemaah.

“Saya ingin menegaskan bahawa MOTAC komited untuk memastikan pengusaha pelancongan berlesen menjalankan perniagaan dengan cara yang tidak menjejaskan kepentingan awam, industri pelancongan, mahupun ekonomi negara,” tegas Chiew.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.995700 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list