CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30349|Reply: 0

[Kedah] Pelajar cemerlang SPM 2025 Padang Terap akan ke Jakarta, London

[Copy link]
Post time 31-1-2026 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar cemerlang SPM 2025 Padang Terap akan ke Jakarta, London

Noorazura Abdul Rahman[email protected]





BEKAS Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid merasmikan Makan Malam Gala Jubli Perak 25 Tahun SMK Kuala Nerang. Turut kelihatan Zuraidi (tiga kanan)/ FOTO Noorazura Abdul Rahman.




Kuala Nerang: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah Padang Terap akan diberi ganjaran lawatan pendidikan ke Jakarta, manakala pelajar cemerlang dari sekolah angkat terpilih akan dibawa ke London bagi memberi pendedahan kepada sistem dan persekitaran antarabangsa.

Pengerusi Anak Muda Madani Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berkata, inisiatif itu diperkenalkan sebagai satu pendekatan baharu bagi meningkatkan motivasi dan semangat daya saing pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM.

Katanya, sasaran pencapaian akademik di daerah Padang Terap perlu diletakkan pada tahap lebih tinggi dengan kaedah yang berbeza dan lebih berimpak.

"Pelajar di Padang Terap yang memperoleh keputusan cemerlang SPM 2025 akan kita bawa ke Jakarta sebagai satu bentuk penghargaan dan motivasi supaya mereka terus berusaha mencapai kecemerlangan.

"Bagi sekolah angkat terpilih pula seperti Maktab Mahmud dan SMK Lubuk Merbau, pelajar yang memperoleh keputusan semua A akan diberi peluang mengikuti lawatan pendidikan ke London bagi memberi pendedahan awal untuk mereka sambung pengajian ke peringkat tertinggi," katanya ketika ditemui selepas sempena Malam Makan Malam Gala Jubli Perak 25 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Zuraidi berkata pendekatan berasaskan ganjaran itu diyakini mampu meningkatkan bilangan pelajar cemerlang SPM di Padang Terap iaitu kira-kira 30 orang sebelum ini kepada lebih 50 orang pada tahun 2026.

Katanya, usaha itu akan digerakkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap serta pengetua sekolah bagi memastikan perancangan dilaksanakan secara berfokus dan berterusan.

Dalam pada itu, Zuraidi berkata Malam Gala Jubli Perak SMK Kuala Nerang turut mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mengadakan kutipan dana PIBG secara besar-besaran buat pertama kali.

Katanya, kutipan dana ini bukan sekadar simbolik, tetapi akan digunakan untuk kepentingan anak-anak dalam aspek pembelajaran, persediaan peperiksaan dan peningkatan prestasi akademik.

"Kerjasama strategik bersama bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahathir Khalid akan dimanfaatkan bagi merangka hala tuju pendidikan jangka panjang di daerah Padang Terap," katanya.



Disiarkan pada: Januari 31, 2026 @ 12:46pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1317470/pelajar-cemerlang-spm-2025-padang-terap-akan-ke-jakarta-london




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.038436 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list