CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 44374|Reply: 0

[Sarawak] Keputusan adakan PRN tertaluk kepada perlembagaan: Premier

[Copy link]
Post time 31-1-2026 04:40 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari diiringi Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn (kiri) melihat inovasi pelajar YSISS semasa melawat pameran sempena majlis pembukaan YSISS Kuching, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak adalah tertakluk sepenuhnya kepada perlembagaan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, PRN hanya akan diadakan apabila penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa tamat, selaras dengan peruntukan undang-undang.

“Apabila tempoh tamat, maka pilihan raya mesti diadakan,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) Kuching di sini, hari ini.

Mengulas spekulasi berhubung kemungkinan PRN Sarawak diadakan tahun ini, beliau enggan membuat sebarang pengesahan awal dan menegaskan tiada keputusan dibuat setakat ini.

“Mana saya tahu (tahun ini), anda kira sendiri... masih lama,” katanya ringkas.

Untuk rekod, PRN Sarawak terakhir diadakan pada 18 Disember 2021.

Terdahulu, dilaporkan Sarawak dijangka akan mengadakan PRN pada tahun ini.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, PRN Sarawak sebelum ini berlangsung pada 18 Disember 2021 iaitu lima tahun lepas dan pilihan raya baharu sememangnya perlu diadakan tahun ini.

“Pilihan raya negeri lalu diadakan lima tahun lepas.

“Sudah pasti PRN akan diadakan tahun ini, namun penentuan bulan pelaksanaannya adalah hak prerogatif Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian ketika ditemu bual dalam program The Breakfast Grille terbitan BFM, baru-baru ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 1.027951 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list