CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 44873|Reply: 0

[Sarawak] GPS berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa, bukan untuk pilihan raya

[Copy link]
Post time 31-1-2026 04:43 PM | Show all posts |Read mode


Fadillah bercakap kepada pemberita di Dewan SUPP, Jalan Sungai Tengah, Matang di Kuching hari ini. - Gambar Penerangan

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak bekerja semata-mata untuk menghadapi pilihan raya, sebaliknya komited berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa.

Ketua Whipnya Datuk Amar Fadillah Yusof bagaimanapun berkata, GPS tetap bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya diadakan tahun ini.

“Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) akan tamat pada Februari tahun hadapan. Justeru, pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa termasuk dalam tahun ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita pada program penyampaian sumbangan Tahun Baharu Cina (TBC) di Dewan SUPP, Jalan Sungai Tengah, Matang di sini hari ini.

Sebelum ini Setiausaha Agung GPS Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata PRN Sarawak dijangka diadakan tahun ini.

PRN Sarawak sebelum ini kata Nanta, berlangsung pada 18 Disember 2021 dan sememangnya perlu diadakan tahun ini.

Fadillah juga berkata pilihan raya atau tidak, GPS tetap bekerja setiap tahun, setiap masa bukan hanya ketika hampir pilihan raya.

“Pilihan raya itu hanyalah untuk kita kembalikan kuasa pada rakyat bagi menilai setakat mana kerja kita.

“Untuk GPS, kita bekerja bukan untuk pilihan raya. Kita bekerja untuk rakyat sepanjang masa. Ada pilihan raya atau tidak, sama sahaja, kita bekerja setiap tahun,” ujarnya.

Pada PRN 2021, GPS menang 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan dengan majoriti dua pertiga bagi membentuk Kerajaan Sarawak.  


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.360089 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list