CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46161|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 kapal tangki cuba pindah minyak mentah bernilai RM512 juta ditahan

[Copy link]
Post time 31-1-2026 11:55 PM | Show all posts |Read mode
2 kapal tangki cuba pindah minyak mentah bernilai RM512 juta ditahan

BERNAMA




Dua kapal yang dikesan APMM disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak mentah dari kapal ke kapal bernilai lebih RM512 juta, di perairan negeri Pulau Pinang pada Khamis lalu. - Foto Ihsan APMM



George Town: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan dua kapal tangki disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak mentah dari kapal ke kapal bernilai lebih RM512 juta di perairan negeri berkenaan pada Khamis lalu.

Pengarah Maritim Pulau Pinang Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata bot peronda marin menerima aduan pada 1 pagi memaklumkan terdapat dua kapal tangki bersauh pada kedudukan 24 batu nautika barat laut Muka Head dan disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak.

"Kedua-dua kapal terbabit dipercayai melakukan aktiviti pemindahan minyak mentah melibatkan 53 kru terdiri daripada warga China, Myanmar, Iran, Pakistan dan India.

"Nilai rampasan minyak mentah berjumlah lebih RM512 juta manakala nilai rampasan kedua-dua kapal tangki itu ialah RM718 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Suffi berkata susulan itu dua kapten kapal serta vesel berkenaan ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.



Disiarkan pada: Januari 31, 2026 @ 10:14pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1317622/2-kapal-tangki-cuba-pindah-minyak-mentah-bernilai-rm512-juta-ditahan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.501228 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list