CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50810|Reply: 0

[Kedah] KDN giat penguatkuasaan dapatkan semula dana kerajaan yang tiris - Saifuddin

[Copy link]
Post time 1-2-2026 01:17 AM | Show all posts |Read mode
KDN giat penguatkuasaan dapatkan semula dana kerajaan yang tiris - Saifuddin

Noorazura Abdul Rahman[email protected]





Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Daerah Kulim kepada mangsa banjir hari ini. FOTO BERNAMA




Kulim: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan mempergiat usaha penguatkuasaan bagi mendapatkan semula lebih banyak dana kerajaan yang hilang akibat ketirisan dan penyelewengan selaras dengan peringatan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan memperoleh semula RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun lalu membuktikan bahawa penguatkuasaan yang konsisten dan berintegriti mampu menghasilkan pulangan besar kepada negara.

Katanya, kerajaan mahu memastikan setiap agensi penguatkuasa menilai sendiri keupayaan mereka untuk memikul tanggungjawab atau memberi laluan kepada pihak yang lebih berwibawa.

"Perdana Menteri menekankan bahawa RM15.5 bilion yang berjaya diselamatkan itu hanyalah sebahagian daripada jumlah ketirisan sebenar.

"Jika penguatkuasaan dipertingkatkan, jumlah dana yang boleh diperoleh semula jauh lebih besar," katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Fasa 2 daerah Kulim, di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, mesej tegas Perdana Menteri itu ditujukan kepada semua agensi kawal selia termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia,(PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi lain yang terbabit dalam membanteras penyelewengan kewangan awam.

Katanya, pimpinan tertinggi setiap agensi diberi tempoh seminggu untuk mengesahkan kesediaan mereka memikul tanggungjawab atau memilih untuk beralih ke jawatan lain, selaras dengan amanat Perdana Menteri.

"Jika seseorang merasakan dirinya tidak lagi berupaya memenuhi aspirasi kerajaan, maka keputusan yang berani perlu dibuat.

"Itu adalah mesej Perdana Menteri yang kami sambut dengan sifat terbuka di KDN," katanya.

Saifuddin berkata kementeriannya akan memastikan semangat dan peringatan itu diterjemahkan secara nyata melalui tindakan penguatkuasaan di lapangan.



Disiarkan pada: Januari 31, 2026 @ 8:38pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1317601/kdn-giat-penguatkuasaan-dapatkan-semula-dana-kerajaan-yang-tiris-saifuddin




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.167829 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list